Kenapa Kalsium Sangat Perlu Untuk Ibu Hamil Dan Menyusu?

Assalamualaikum everyone!

womenKepentingan kalsium sangat sinonim dengan kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang. Manakala bagi orang tua pula, kalsium penting bagi mengelakkan pereputan tulang atau osteoporosis. Jarang pulak dengar tentang kepentingan kalsium pada orang muda atau usia pertengahan yang ambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam diet harian mereka.

Selain diperlukan oleh golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan kalsium atau alpa dalam memberi tumpuan terhadap kalsium boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.

“Sebanyak 75% ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.

Jelas Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram yang diperlukan orang dewasa.

Pengambilan kalsium amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan kalsium bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.

Kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.

Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya pada akhir tempoh kehamilan.

Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidapi osteoporosis.

Kehilangan kalsium di kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar 3- 10% berbanding wanita menopausyang kehilangan 1 – 3%. Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi.

Jika ada yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah. Ibu-ibu yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.

“Pengambilan kalsium yang secukupnya boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin. Kekurangan kalsium juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.

Justeru, Dr. Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan pengambilan kalsium.

Maka korang mesti nak borong masa promosi ni, memang berbaloi-baloi! Bulan ni promosi Ostematrix. Beli 6 botol Ostematrix dan dapatkan 1 botol Ostematrix percuma!

ostematrix

Nak order sekarang?

Hubungi saya!

Fatin Hamizah | SMS/Whatsapp: 012 – 283 1538 | Shaklee ID: 888106

Cara OrderDaftar Ahli Shaklee sekarang

shaklee feel the difference

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s