Tips Hadapi Masalah Senggugut Atau Period Pain Secara Semulajadi

Assalamualaikum everyone!

period_pain

Sakit semasa datang period sememangya menjadi masalah utama bagi wanita setiap bulan. Ada sesetengah orang mengalami sakit di bawah perut dan pinggang sehingga tak mampu untuk duduk lama atau pun berjalan. Ada sesetengah orang pula sakit sehingga berguling – guling di atas katil. Berguling – guling atas katil memang seronok jika sedang malas, tapi kalau tengah sakit memang sampai menangis dibuatnya. Kalau first day period cuma nak duduk di rumah, berehat dan baring sepanjang hari..

Sakit senggugut ni disebabkan pengecutan atau pergerakan kuat otot – otot uterus. Beberapa kajian menunjukkan gen merupakan faktor utama. Gen membuatkan seseorang mengalami tahap senggugut yang berlainan. Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran juga memainkan peranan. Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk individu mengalami senggugut. Pengambilan gula yang banyak, alkohol serta kopi semasa period turut menyebabkan senggugut. Wanita yang merokok lebih berisiko berbanding yang tidak merokok. Rehat yang tidak mencukupi dan tekanan yang tinggi di tempat kerja dan sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia dalam badan dan seterusnya mengakibatkan senggugut.

Jadi, sebenarnya senggugut boleh dicegah atau setidak – tidaknya boleh mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Ada beberapa tips yang boleh kita amalkan untuk mengurangkan rasa sakit semasa  period cara semulajadi tanpa perlu ambil ponstant atau pain killer. Walaupun tak hilang sepenuhnya tapi dapat juga mengurangkan sakit senggugut. Antara tips yang boleh kita amalkan ialah:

Perbaiki diet – Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur – sayuran, kekacang, ikan salmon dan parsli.
Variasikan pilihan minuman – Banyakkan minum jus buah -buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding makan aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period.
Ambil lemak yang berkualiti – Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan sakit senggugut.
Kekal aktif – Teruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa anda didatangi period. Joging dan berjalan bersiar – siar juga membantu. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan sakit senggugut.
Tuam perut – Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda.
Tarik nafas dalam – dalam, baring dan tidur – Tidur bukan saja dapat merehatkan badan malah dapat merehatkan fikiran daripada memikirkan rasa sakit
Ambil vitamin tambahan – Atasi masalah anda dengan supplemen 😀
Inginkan supplemen bagi mengatasi masalah anda?
#1: B Complex
Lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus dan emosi lebih stabil. Kekurangan vitamin B meningkatkan paras estrogen dan kesan PMS.
B complex
#2: GLA Complex
Supplemen favourite ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega 6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawal atur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega 6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel. Ia juga menggalakkan kesihatan semasa kitaran haid.
GLA complex
#3: Ostematrix
Menolong mengurangkan simptom – simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, mudah meradang dan kemurungan. Membekalkan 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber – sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi, 400mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya, 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.
ostematrix
Lepas saya amalkan Shaklee ni, saya bebas bergerak ke sana sini semasa period. Kalau dulu first day period mesti sakit dan berehat sepanjang hari. Tapi sekarang steady je. Kalau period masa hari bekerja dan kebetulan pergi outstation takde lah risau sangat..
Uih, nak diskaun?
Boleh, no problem.
Tapi kena join jadi ahli dulu lah. Yuran jadi ahli hanya RM75.
Terus dapat harga ahli kalau daftar jadi ahli 😀
Nak order sekarang?
Hubungi saya:
Fatin Hamizah | SMS/Whatsapp: 012 – 283 1538 | Shaklee ID: 888106
Cara Order
Daftar Ahli Shaklee sekarang
shaklee feel the difference
 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s