Cara Mudah dan Cepat Jadi Ahli Shaklee!

Assalamualaikum dear readers!

Okay people! Since ramai yang hantar message tanya macam mana nak jadi ahli Shaklee.. dan anda pun terdetik bagaimana kalau aku join? Tapi tak faham prosesnya pulak. Yelah orang lain tengok seronok je dapat 4-5 angka sebulan, i pun nak cubalah.

Pertama sekali untuk jadi ahli Shaklee tak semestinya kita nak buat bisnes. Join daftar ahli untuk makan sendiri pun boleh. Ibaratkan macam kita pergi jusco tu ada kad jusco kan. Sambil-sambil membeli belah tu nanti kumpul-kumpul point dapat voucher cash kan. Sama macam bonuslink tu biasa kita guna untuk isi minyak. Sambil-sambil isi minyak dapatlah kumpul point jugak. Takde rugi pun.

if you never try you'll never know

Cara daftar dan jadi ahli Shaklee, kita mestilah mempunyai seorang yang boleh kita bernaung di bawahnya. Ya, memanglah penting sebab dialah nanti tempat sumber rujukan kita untuk ajar cara macam mana nak buat order online dan bermacam-macam lagi. Tak susah pun untuk daftar ahli Shaklee, ada 2 cara:

1. Bayar yuran keahlian sebanyak RM65 (plus RM10 sebagai postage jika mahu member kit dipos). Sebelum bayar tu anda mestilah berurusan dengan mana-mana distributor pilihan anda untuk tolong isikan borang dan sebagainya. Jika anda nak buat sendiri, anda kena beli borang tu dulu sebelum boleh daftar. Cara paling mudah, minta distributor anda untuk daftarkan untuk anda. Sebagai contoh, anda nak jadi ahli, anda boleh hubungi saya dan kata nak minta daftarkan ahli. Urusan pendaftaran saya akan uruskan dan anda boleh tunggu member kit anda sampai dan terus dapat ID untuk digunakan semasa membuat pembelian. ID itulah yang kita akan guna untuk beli produk dan kumpul point.

2. Siapa nak FREE MEMBERSHIP? Maknanya tak perlu bayar RM65 tadi? Untuk lagi untung, anda boleh buat belian produk bernilai RM660 bersamaan 200 point untuk melayakkan anda dapat FREE MEMBERSHIP. Rasa macam RM660 tu banyak sangat? Kongsilah dengan kawan-kawan atau ahli keluarga siapa yang nak beli lepas tu anda yang akan dapat FREE MEMBERSHIP tu. KELEBIHAN jika ambil option ni, anda berpeluang mendapat BONUS DARI SHAKLEE SERTA MERTA. Maknanya anda layak untuk merasa bonus berupa cash pada bulan tersebut berdasarkan pembelian yang telah dibuat. Ini memang orang selalu pilih option 2 untuk dapat lebih benefit.

Free Ahli Shaklee

Mudah je kan untuk daftar ahli shaklee. Apa lagi, sesiapa yang nak mendaftar jangan segan-segan untuk hubungi saya. Saya sedia memberikan konsultasi PERCUMA!

Daftar Ahli Shaklee Membership

Nak daftar ahli sekarang?
Hubungi saya:
Fatin Hamizah | H/p: 012 – 283 1538 | Shaklee ID: 888106
Saya adalah wakil Sah Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di area Uptown Damansara, Bandar Utama, Mutiara Damansara, Damansara Perdana, TTDI, Bangsar, Sri Damansara, Damansara Damai, Universiti Malaya, Ampang.

 

Cara Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma

Assalamualaikum everyone!

Boleh ke jadi ahli Shaklee secara percuma?? Ye, memang boleh! Tak perlu pun bayar yuran keahlian.

Free Ahli Shaklee

Biasanya yuran yang dikenakan adalah RM65 dan tambah postage RM10. Ini bukan kami pihak pengedar Shaklee yang sah kenakan yuran tu, tapi Shaklee Malaysia yang kenakan kerana dari yuran itulah nanti anda akan mendapat kit member berupa satu beg yang mengandungi buku produk, penerangan terperinci berkenaan sistem Shaklee, senarai harga produk Shaklee dan segala yang berkaitan. Sebab tulah kena bayar bagi sesiapa yang nak jadi ahli. Yuran ni adalah yuran seumur hidup tidak perlu bayar yuran lagi, dan anda akan menikmati peluang mendapat harga ahli yang lebih menguntungkan iaitu 15-20% potongan dari harga retail.

Daftar Ahli Shaklee Secara Percuma

Macam mana nak dapatkan keahlian percuma ni?

Mudah je kerana Shaklee akan waive bayaran ahli dengan setiap pembelian bernilai lebih kurang RM660 bersamaan 200uv. Banyak nya nak beli sampai RM660? Tak perlu risau kerana anda boleh beli untuk seisi keluarga dan automatik boleh jimat berbulan-bulan di samping automatik akan dapat harga ahli dengan pembelian tersebut.

Antara contoh produk yang boleh mendapat keahlian percuma dengan mudah adalah dengan membeli:

  • 2 botol Vivix
  • 3 kotak Collagen Powder

Anda layak dapat keahlian percuma (free membership) setelah membuat pembelian ini. Jimat RM75 dan menikmati penjimatan berterusan kerana terus dapat harga ahli.

Anda boleh juga memilih sebarang produk yang menjadi pilihan anda untuk cukupkan 200uv yang melayakkan anda dapat free membership. Boleh campur produk atau add on mengikut keperluan anda masing-masing. Bagi yang sukar membuat pilihan, boleh hubungi saya dan explain apa masalah anda dan cadangan produk yang betul.

Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma

Daripada beli dengan harga retail, baik terus jadi ahli Shaklee kerana setiap pembelian anda akan dapat point. Then, point yang dikumpul ini dapat ditukar dengan cash. Anda akan mendapat cash bonus dari Shaklee atas pembelian produk mengikut point yang dimiliki.

Ala.. macam kad jusco atau bonuslink tu. Kalau kita guna dapat point nanti boleh tukar hadiah kan. Lebih kurang itulah konsepnya walau anda bukan nak jadi penjual tapi dengan adanya keahlian sendiri anda lebih dapat berjimat. Mudah kan? Order pulak hanya di hujung jari, tak perlu ke branch Shaklee. Semuanya hanya secara online.

Daftar Ahli Shaklee Membership

Nak daftar ahli sekarang?
Hubungi saya:
Fatin Hamizah | H/p: 012 – 283 1538 | Shaklee ID: 888106
Saya adalah wakil Sah Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di area Uptown Damansara, Bandar Utama, Mutiara Damansara, Damansara Perdana, TTDI, Bangsar, Sri Damansara, Damansara Damai, Universiti Malaya, Ampang.

TUTORIAL: Cara Membeli Shaklee Menggunakan E-Sell (Shopping Cart Shaklee)

Assalamualaikum dear readers!

Alhamdulillah. Dengan bermulanya  1 Julai 2014, Shaklee Malaysia  telah memperkenalkan satu kaedah baru untuk beli vitamin shaklee secara online ordering system dengan eSell.  Dengan adanya eSell dalam bentuk shopping cart ni, memudahkan lagi urusan jual beli.

Especially untuk anda yang suka nak cepat. Kini anda tak perlu lagi hubungi SID sekiranya anda dah tahu apa yang anda perlukan. Anda boleh membuat pembelian secara online dengan menggunakan Kad Kredit atau Kad Debit anda. Best nya! 😀

Saya nak kongsikan step-by-step cara buat pembelian menggunakan eSell Shaklee ni:

Firstly, anda boleh klik mana-mana link yang memaparkan produk yang boleh dibeli secara online, contoh seperti Link di Blog saya seperti berikut:

Link: https://vitaminstreet.wordpress.com

SET PAKEJ SHAKLEE

MIGHTY 3 GEM Shaklee – Performance Drink, ESP dan Mealshakes

SET SENDI Shaklee – Advance Joint Health, Omega Guard dan Ostematrix

SET BREASTFEEDING BOOSTER (3M)  –  Alfalfa, ESP, Vitamin C, B-Complex, Vitalea dan Ostematrix

Step #1:

Klik Agree dan klik butang ‘Next’

Cara-Guna-e-Sell-Shaklee1

Step #2:

Check senarai harga dan klik butang “Checkout”

Cara-Guna-e-Sell-Shaklee_checkout1

Step #3:

Isi maklumat anda untuk proses penghantaran.

*Penghantaran adalah 3 – 5 hari bekerja dan penghantaran adalah melalui GDEX atau CITILINK.

Kemudian klik butang “Continue”

Cara-Guna-e-Sell-Shaklee_isi-maklumat-dan-continue

Step #4:

Sahkan semua detail dan barang diorder.

* ‘Freight Charges’ adalah ‘Kos Penghantaran’ atau Postage yang dikenakan.

Semenanjung Malaysia, kos penghantaran adalah RM10.

Sabah dan Sarawak, kos penghantaran adalah RM20.

Barangan yang bernilai RM800 ke atas dan setiap pembelian bersama-sama Vivix, kos penghantaran adalah PERCUMA!

Kalau order lagi banyak lagi jimat!:D

Cara-Guna-e-Sell-Shaklee_cek-detail

Step #5:

Anda boleh membuat bayaran menggunakan Credit Card atau Debit Card.

Cara-Guna-e-Sell_payment

Step #6:

Setelah selesai pembayaran, eSell akan email anda ‘order receipt’ dan SMS anda tracking number.

esell online shaklee 7

Senang nya!

Untuk order vitamin Shaklee, klik Order Vitamin Shaklee sekarang dan follow seperti tutorial ni ehhh

Jika ada sebarang pertanyaan atau konsultasi, hubungi saya sekarang 🙂

Fatin 

SMS/Whatsapp: 012 – 283 1538

Shaklee ID: 888106

Kronologi Jom Hebat Mega 2014 & Launching of iReach dan emPOWER family

Assalamualaikum everyone!

Korang merindui blog ni tak? Ada baiknya jikalau korang berkata ya untuk mengelakkan hakak Fatin frust hahaha. Oklah meh sini nak cerita. Last weekend telah berlangsungnya event Jom Hebat Mega 2014 bertempat di Institut Sosial Malaysia dekat Sg. Besi. Kira jauh jugaklah dari saya, sebab saya kat Damansara. Rasa berat jugaklah sebab jauh & tak familiar sangat area Sg.Besi ni. Tapi sebab tau event ni ramai orang-orang hebat yang akan datang, rasa berat bertukar menjadi excited!

Event ni dimulakan dengan speaker yang hebat lagi best iaitu Nadia atau juga dikenali dengan Mak Bintang. Gaya Nadia naik pentas je dah boleh agak dah ni mesti cikgu disiplin! Omay boleh imagine kan cane gaya nye? Sangat terinspirasi dengan Nadia yang berbisnes Shaklee sambil bekerja yang sering tak cukup masa sebab busy.

Nadia ada kongsikan banyak berkaitan pengalaman sendiri berbisnes Shaklee. Antaranya kenapa beliau nak sangat berShaklee. Beliau nak ada pilihan. Misalnya antara Ferrari dengan Myvi. Mampu je nak Ferrari tu, tapi dah kita cukup dengan Myvi je. Tak terkejarlah Ferrari tu. Tak heran pun kalo ade Ferrari lalu sebelah, sebelah mata pun tak pandang. Sebab apa? Sebab ‘akak tak heran pun dengan Ferrari tu, 10 bijik akak boleh beli, tapi akak suke Myvi.’ Best tak macam tu?

Nadia turut berkongsi bagaimana bisnes Shaklee mengubah hidupnya 360 darjah. ‘Aku yang dulu bukanlah aku yang sekarang’. Tengok gayanya kat pentas je dah membuktikan segalanya. Beliau merupakan guru Kimia dan menerima cabaran untuk mengajar subjek yang paling tak diminati. Namun, beliau menerima dengan hati yang tenang dan terbuka dan terima cabaran tuh. Dah berbisnes Shaklee yang susah tu pun boleh buat, apalah sangat dengan mengajar subjek yang paling tak diminati, kata Nadia. Nah, betapa bisnes Shaklee mengubah karakter seseorang yang menjadi lebih confident dan asyik nak buat the best je! Hasilnya, Nadia turut mendapat penghargaan atas usahanya yang berjaya menarik minat ramai pelajar meminati subjek Fizik. Siapa kata terabai kerja hakiki bila berbisnes Shaklee? Salah! Malah rasa nak do the best in everything you do!

Jom Hebat Mega 1

Banyak sangat sharing daripada Nadia tapi tak mampu hakak nak tulis semuanya, kalau nak tau banyak lagi mehla jadi ahli under group saya so boleh baca banyak lagi kisah2 inspirasi dalam secret group kami. Nak gosip2 kisah inspirasi dengan hakak pon boleh 🙂

Kita move on dengan presentation oleh Master Zainul Anuar. By the way, dia ni abang saya! *Nak tumpang glamour lettew* Oh tidak. Memang dari kecik lagi dah tau perangai abang yang betul2 appreciate masa dan terbukti sekarang dia memang hebat! Sesiapa yang register under Master Zainul & Master Lyna berada under group Lady & Boss. Tapi surprise! Master Zainul lancarkan nama baru yang sekarang bukan lagi Lady & Boss tapi dah tukar kepada iReach. Setiap huruf iReach ni ada maksud tersendiri yang melayakkan anda menjadi seorang pengedar Shaklee bertaraf worldclass! Ni bukan main-main, tapi betul-betul ya. Setiap ahli under iReach merupakan seorang pengedar yang menghormati customer dan ahli yang berdaftar dengannya, memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan, mampu memberi konsultasi yang terbaik kepada customer, ambil berat dengan persekitaran dan paling penting merendah diri walaupun income mencecah million. Omay memang Master-Master under group iReach sangat humble, tak henti-henti berkongsi tips kejayaan masing-masing. Sebab mereka nak kita semua berjaya sama-sama. Terharunya.. Sobs!
Jom Hebat Mega 2

Slide pertama Master Zainul adalah..

2014 Lady & Boss dengan ahli melebihi 1000 orang.. What’s next? *Drumroll*. Here it is, launching of iReach portal. The only Shaklee portal in the world! Sape yang register under group iReach saje dapat access portal ni. Master Zainul dah invest for more than RM20,000 to set up iReach portal ni. Yes, I appreciate sangat sebab biasanya company multinational je ada such portal untuk info sharing in worldwide. Kelaaaass kau Master Zainul.. Macam ni lah baru abang saya *tumpang glamour lagi :p* Master Zainul akan lebih strict untuk registration iReach portal ni, kena register ikut line bukan sebab apa, senang for tracking purpose dan yang paling best, lepas ni hubby masing-masing pun boleh access iReach portal ni. So hubby tau lah apa yang nak tolong wife, takyah susah-susah tunggu wife good mood tanya apa lagi nak tolong. Bila hubby pun dah boleh access iReach portal memang apa-apa pun boleh buat berdua. So sweeettt… ❤
Jom Hebat Mega 3

Hah, ini lah dia preview iReach portal yang boleh diakses melalui laptop atau mobile. Macam Steve Job sangat kau abang..Jom Hebat Mega 4

Ada satu Forum Kain Pelekat lepas presentation Master Zainul. Kisah sharing para suami. Siap pakai t-shirt ‘ASB – Aku Sayang Bini’ uolss. Menitis air mata terharu dengan sharing diorang. Semasa sesi Q&A, ada seorang audience bertanya, suami isteri dua-dua pun busy dengan kerja hakiki. Master Lyna pun jawab, there’s a saying “If you want something done, give it to a busy person. Failure for them, is simply not an option – and because they are busy, it’s likely they’ll appreciate the value of time, theirs and others, and not want to waste it”. Kalau asyik takde masa je, tak cukup busy lagi lah tu. Renung-renungkan.. dan selamat beramal. Sentap memang terkena kat haku. Ada satu lagi soalan yang saya tertarik untuk berkongsi. Sekarang ni dah ramai sangat buat Shaklee, Shaklee tu sendiri boleh bertahan ke financially? Master Lyna terus menjawab tanpa ragu-ragu, sekarang baru ada 1 juta rakyat Malaysia yang menggunakan Shaklee, ada lebih 28 juta lagi rakyat Malaysia yang belum menggunakan Shaklee. Ini dikatakan Revolusi Shaklee baru bermula..Jom Hebat Mega 5

Agenda seterusnya adalah Master Parade. So far under iReach dah ada 8 Master Coordinator dan ramai lagi Coordinator dan Key Coordinator anytime je naik rank Master. Betul-betul meyakinkan kini saya dah ada dalam family yang betul. Abes tu, kau bila lagi Fatin??
Jom Hebat Mega 6

Tadaaa..sesi yang ditunggu-tunggu! Sesi Magnet oleh Amin Idris. Amin sangat menekankan yang paling penting adalah matlamat yang jelas. Bila ada matlamat yang jelas barulah ada tindakan yang jelas. Bila ada matlamat yang BESAR, pasti usahanya pun BESAR. Bila ada matlamat yang jauh, maka kita melangkah pun lebih jauh. Memang confirm bila dah ada matlamat bukannya esok terus berjaya. For sure it takes time dan akan melalui beberapa fasa kegagalan maybe. Tapi jangan putus asa dan belajarlah dari kesilapan untuk jadi lebih baik. Yang paling catchy Amin Idris keep repeating these – Dream BIG! Kalau orang cakap, kau gila?? So what? Kau ada? Never say never. Fight till forever! Suka sangat cara penyampaian Amin ni macam stand up comedian eh, stand up motivator lah kan? Tiba-tiba jadi P.Ramlee, tiba-tiba jadi bilal Masjidil Haram. Banyak jugak interaktif games dengan audience. Attractive sangat! Silalah tengok gambar-gambar sesi Magnet Amin Idris ni. Jom Hebat Mega 7

Jom Hebat Mega 8

Jom Hebat Mega 9

Jom Hebat Mega 10

Jom Hebat Mega 11

Antara semua runner ni..agak-agak siapa yang dapat emas? Pentingnya matlamat yang jelas dan tindakan yang jelas kan?Jom Hebat Mega 12

Amin Idris dah macam Justin Bieber kauu.. Siap nyanyi Never Say Never.

Jom Hebat Mega 13

Tiba-tiba je dah habis sesi Magnet Amin Idris. Whoaaaaa. Kejapnye! We want more, lol. Amin ada buat summary untuk slide terakhirnya. Semasa sesi Q& A, saya tertarik dengan cara Amin Idris menjawab soalan. Selain menjawab soalan secara formal, Amin turut menyanyikan lagu Bangau oh Bangau.. Agak-agak kenapa Amin nyanyi lagu tu? Sebab kau banyak sangat alasanlaaahh.

Bangau oh bangau,
Kenapa engkau kurus?

Macam mana aku tak kurus
Ikan tak mahu timbul
Ikan tak mahu timbul.

Ikan oh ikan
Kenapa engkau tak timbul?

Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat
Rumput panjang sangat.

Rumput oh rumput
Kenapa engkau panjang?

Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku
Kerbau tak makan aku.

Kerbau oh kerbau,
Kenapa tak makan rumput?

Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit
Perut aku sakit.

Perut oh perut,
Kenapa engkau sakit?

Macam mana aku tak sakit
Makan nasi mentah
Makan nasi mentah.

Nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah?

Macam mana aku tak mentah
Api tak mahu menyala
Api tak mahu menyala.

Api oh api,
Kenapa engkau tak mahu menyala?

Macam mana aku nak menyala
Kayu api basah
Kayu api basah.

Kayu oh kayu,
Kenapa engkau basah?

Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku
Hujan timpa aku.

Hujan oh hujan,
Kenapa timpa kayu?

Macam mana aku tak timpa
Katak panggil aku
Katak panggil aku.

Katak oh katak
Kenapa panggil hujan?

Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku
Ular nak makan aku.

Ular oh ular
Kenapa nak makan katak?

Macam mana aku tak makan,
Memang makanan aku
Memang makanan aku.

Kesimpulannya, janganlah membangau lagi! Bagi orang yang tak paham-paham, janganlah banyak beralasan. Ok sentap! Rasa bertuah sangat sebab saya terpilih untuk attend event Jom Hebat Mega ni. Ilmu dan pengalaman yang tak boleh dapat dalam buku.

Sebab terlalu inspired dengan Master-Master yang hebat dan humble ni, balik dari event, terus namakan group under saya as emPOWER family. Salam kejayaan emPOWER family!

Thank you for reading!

♥ Add/PM FB: Fatin Hamizah
♥ Whatsapp/SMS: 012-2831538
♥ Fanpage: Vitamin Street

Diari Seorang Pengedar Shaklee

Assalamulaikum everyone!

Salah satu sebab Fatin mula berniaga Shaklee adalah kerana ingin mengisi masa lapang dengan lebih produktif. Fatin kerap travel atas urusan kerja. Memang ada masa-masa tertentu mengalami flight delay ketika dalam perjalanan. Dan bila banyak travel banyak jugalah meeting yang perlu dihadiri. Tak semua meeting bermula tepat pada waktunya. Jadi, Fatin gunakan masa-masa ini untuk berniaga Shaklee supaya takdelah rasa bosan je. Alhamdulillah, sejak aktif berniaga Shaklee ini, Fatin rasa lebih mencabar, teruja dan lebih seronok untuk mengharungi bulan-bulan mendatang.

Selalunya, bila dah mula berbisnes ni, mulalah kerja office terabai. Macam tu ke? Bagi Fatin, yang penting adalah cara kita membahagikan masa. Macam sekarang ni, Fatin update blog dengan menggunakan applikasi WordPress di smartphone hanya sambil menunggu meeting bermula. Rangkakan topik ‘for the day’ dan betul-betul fokus selepas waktu bekerja. Tadaaa..siap satu blog entry bukan? Selalunya selepas waktu bekerja ini Fatin akan update blog, update status untuk fanpage, balas pertanyaan customer, proses order dan baca buku untuk tambah pengetahuan tentang vitamin, nutrisi dan kesihatan.

Princess Diaries

Fatin tumpukan sepenuh perhatian ketika waktu bekerja. Cuma sesekali akan curi-curi online di handphone untuk update gambar dan status di laman sosial serta membalas Whatsapp dan SMS dari customer. Dan tak lupa juga aktiviti memantau prestasi downline di dalam kumpulan Fatin.
Soalan: Macam mana dengan soalan customers melalui Whatsapp atau SMS?
Jawapan: Fatin akan reply secepat mungkin tanpa mengira waktu jika tiada halangan.

Ada dua tarikh penting dalam setiap bulan bagi pengedar-pengedar Shaklee yang serius berniaga. Iaitu hari terakhir bekerja bagi setiap bulan tersebut, atau lebih dikenali sebagai tarikh closing. Inilah masa kritikal untuk menentukan seseorang itu dapat naik rank dan juga masa kritikal untuk pengumpulan point bagi bulan tersebut. Tarikh kedua adalah pada pertengahan bulan, iaitu apabila bonus bagi usaha bulan sebelumnya akan dimasukkan ke dalam akaun bank masing-masing.

Yang bestnya Shaklee ni sebab tiada tekanan dan tak perlu nak simpan stok. Dan yang membuatkan Fatin lagi sayangkan bisnes ni apabila Shaklee dah 100% online bermula Oktober 2013. Jadi, tak perlu bergegas ke branch untuk dapatkan stok yang pelanggan order.

Kesimpulannya, Fatin gembira dengan apa yang Fatin buat sekarang. Jika anda berminat nak buat full time or part time Shaklee, sila hubungi kami di talian 0122831538 atau email ke vitaminstreet@gmail.com

Jangan tunggu lagi. Come and join us! Jadi Ahli Shaklee.

♥ Add/PM FB: Fatin Hamizah
♥ Whatsapp/SMS: 012-2831538
♥ Fanpage: Vitamin Street

TUTORIAL: Cara Order Shaklee Secara Online

Tutorial shaklee

Assalamualaikum everyone!

Fatin ingin kongsikan cara membuat pesanan produk Shaklee secara online. Khas untuk ahli-ahli Shaklee. Semudah 1, 2, 3, 4..

1. DAFTAR KEAHLIAN
Syarat utama untuk membuat pembelian secara online ialah MENJADI AHLI SHAKLEE. Bagi yang ingin membeli produk dan sekaligus menjadi ahli Shaklee, hubungi saya (SMS/Whatsapp: 012-283 1538).

2. WEBSITE
Layari http://www.shaklee2u.com.my untuk ke laman web Shaklee.
Masukkan kata laluan dan ID anda.

Picture1

Setelah log in, anda akan lihat page ini. Ada banyak maklumat disini dan anda boleh explore lagi.

Picture2

3. MASA UNTUK MEMBELI!
Bagi yang ingin membuat pembelian, sila klik ‘shopping’. Setelah anda klik pada bakul merah tadi, anda akan lihat page ni.

Picture3

Sila baca dan fahamkan term and agreement ini, jika setuju klik ‘agree’.

Picture4

Sebelum meneruskan pembelian, pastikan segala maklumat betul untuk mengelakkan sebarang masalah ketika proses penghantaran kemudian.

Dah pasti betul klik ‘confirm’. Tadaaaa..inilah rangkaian produk Shaklee yang hebat. Sila pilih yang mana suka ye. Satu lagi, UV dan PV ialah point bagi setiap produk. Jika pembelian anda melebihi 150uv, ini bermakna anda layak untuk menerima bonus/cash back pada pertengahan bulan berikutnya.

Picture5

Dah pilih barang idaman? Klik pada gambar tersebut (sebagai contoh GLA) dan anda akan lihat seperti page di bawah.

Picture6

Klik ‘add to shopping cart’ untuk order.

Picture7

Klik ‘cancel’jika anda ingin membatalkan order. Jika sudah confirm dan ingin meneruskan pembelian, klik ‘continue to order’ dan sekiranya anda selesai membeli, klik ‘submit’. Boleh edit di bahagian quantity tu jika nak beli lebih daripada satu kuantiti. Kot nak GLA 2 set ke.

Picture8

4. PEMBAYARAN
Dah selesai memilih, sekarang waktu membayar. Anda boleh menggunakan debit card atau credit card untuk urusan pembayaran. Walaupun option cuma ada ‘online credit card’, anda juga boleh menggunakan debit card dengan option yang sama, so just tick je yang tu.

Picture9

Kemudian, isi maklumat kad anda.
No card: nombor yang paling panjang di depan kad anda.
CVV2 & CVC2: 3 nombor di belakang kad anda.

Selepas anda klik ‘confirm payment info’ anda akan dibawa ke satu lagi page untuk memastikan semua order dan maklumat pembayaran betul, klik ‘confirm order’ untuk meneruskan proses, atau jika ada kesilapan, klik ‘modify order’ untuk pembetulan.

Picture10

Setelah selesai, anda akan diberitahu yang order anda sudah berjaya dan anda akan menerima notification email & sms seperti ini

Picture11

Selesai! Lepas tu tunggu jelah barang sampai ye. Boleh hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan okay.

Happy shopping & browsing!

Jom jadi ahli Shaklee hari ni!

Hubungi: http://www.fb.com/messages/VitaminStreet
Atau SMS/Whatsapp ke 012-2831538

♥ Add/PM FB: Fatin Hamizah
♥ Whatsapp/SMS: 012-2831538
♥ Fanpage: Vitamin Street

Kelebihan Jadi Ahli Shaklee Secara Online

Assalamualaikum everyone!

Kini, segala urusan sudah boleh dibuat secara online bermula 2 Oktober 2013. Ini merupakan satu detik baru buat Shaklee Malaysia dan ini barulah betul-betul dikatakan sebagai bisnes di hujung jari dan berita gembira untuk ahli shaklee yang mana boleh ber’shopping’ online sahaja. Hanya perlukan laptop dan internet untuk order, mudah bukan?

Tak perlu risau lagi jika tinggal jauh dari HQ ataupun cawangan Shaklee, atau selalu tiada masa untuk membeli produk Shaklee. Kerana segala urusan seperti di dalam gambar di bawah kini sudah boleh dilakukan secara online.

20140212-173158.jpg

Mudahnya apabila semuanya dihujung jari. Semakin mudah untuk dapatkan Shaklee. Sebab itu jugalah bagi Fatin, Shaklee merupakan bisnes terbaik untuk wanita yang berkerjaya seperti Fatin. Sebab kita tak perlu pun keluar dari rumah untuk shopping dan untuk berbisnes. Dan, masih lagi boleh berbisnes ketika traveling. Tak perlu ‘tutup kedai’! Selain daripada dapat menjalankan tugas-tugas pejabat sepenuh masa, kita juga dapat menjana pendapatan keluarga. Sounds good, right?

Lagipun, bisnes suplemen kesihatan ini mempunyai permintaan (demand) yang sangat tinggi. Semakin hari semakin ramai yang sedar akan keperluan untuk menjaga kesihatan. Dan suplemen ini juga merupakan produk yang akan habis, sudah tentu setiap bulan pun pasti akan ada yang membeli.

Jadi, jika anda berminat untuk menjadi ahli Shaklee dan ingin menjana pendapatan dengan Shaklee, atau ingin mendaftar ahli Shaklee untuk menikmati keistimewaan sebagai pengguna, boleh hubungi Fatin. Pelbagai kelebihan yang bakal anda dapat apabila menyertai kumpulan besar kami, kerana bimbingan akan diberikan secara berterusan.

Jom jadi ahli Shaklee hari ni!

Hubungi: http://www.fb.com/messages/VitaminStreet
Atau SMS/Whatsapp ke 012-2831538

♥ Add/PM FB: Fatin Hamizah
♥ Whatsapp/SMS: 012-2831538
♥ Fanpage: Vitamin Street