SET KURUS SHAKLEE: Selamat & Berkesan

Assalamualaikum everyone!

Selain dari Set-set Breastfeeding, Kecantikan, Bersalin, kami juga menyediakan Set Kurus Shaklee atau Set Slimming yang terdiri daripada set mekanisme 3B (buang, bakar,bina). Ramai yang sudah mencuba dan merasai perbezaannya.

3 konsep utama – BUANG, BAKAR, BINA. Apa yang dibuang, dibakar dan dibina tu?

Sebelum tu, suka saya nak ingatkan, untuk turunkan berat badan, bukan hasil satu malam. Dan sesiapa yang nak kuruskan badan harus faham konsep kalori. Kalori yang diambil haruslah seimbang dengan kalori yang digunakan. Kalori yang tak digunakan itu lah yang menjadikan badan kita bertambah gemuk!

1. BUANG

Produk: ALFALFA/HERB-LAX

Fungsi: Membuang lemak, toksin dalam badan

buang

2. BAKAR

Produk: LECITHIN/OMEGA GUARD

Fungsi: Bertindak sebagai pemecah lemak dan pembakar lemak dan kolestrol

bakar

3. BINA

Produk: CINCH/SOY PROTEIN

Fungsi: Bina otot, elak kulit menggelebeh

bina

LANGKAH PERTAMA: DETOX

Detox adalah proses pembersihan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum

Produk pilihan untuk detox adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak menggalakkan Herb-lax diambil oleh ibu-ibu menyusu kerana bimbang akan memberi kesan cirit-birit kepada anak.

LANGKAH KEDUA: MEMECAHKAN LEMAK

Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau Omega. Lecithin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak atau secara ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tapi diperlukan oleh badan.

LANGKAH KETIGA: MEMBINA OTOT DENGAN PROTEIN

Membina otot adalah penting dalam berdiet. Otot yang sihat membakar lemak lebih baik dan menjadikan kawalan berat badan kita menjadi lebih baik dan mengelakkan – mudah turun mudah naik. Oleh kerana itu pengambilan protein penting dalam program penurunan berat badan.

Untuk protein terbaik, anda boleh memilih sama ada Cinch Shake Mix atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake Mix ni, tapi gantikan dengan ESP (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan).

Walau apa jua supplement yang anda makan untuk kurus, anda haruslah menjaga pemakanan seharian anda, jangan makan sesuka hati. Kena kurangkan lemak dan minyak, rajin bersenam dan banyakkan minum air – sekurang-kurangnya 3L sehari.

Pilihlah produk anda. Ramai dah merasai sendiri perubahan yang ketara dengan menggunakan Set Kurus Shaklee. Turunkan berat badan dengan cara yang betul, agar kesihatan terjamin, bukan sekadar kurus!

Hubungi saya untuk set kurus dan set diet yang sesuai dengan anda.

♥ Add/PM FB: Fatin Hamizah
♥ Shaklee ID: 888106
♥ Whatsapp/SMS: 012-2831538
♥ Fanpage: Vitamin Street
♥ COD Area: Uptown Damansara, TTDI, Sri Damansara, Damansara Damai

VITAMIN GUIDE: Lecithin popular sebagai pemecah lemak

 

Lecithin blogging picture

Hi everyone!

Lecithin adalah HOT PRODUCT dalam program penurunan berat badan. Lecithin adalah gabungan kolina, inositol dan asid lemak penting yang lain. Lecithin adalah sinonim sebagai ‘pemecah lemak semulajadi’ yang mempunyai kesan melekat terhadap lemak, menyebabkan lemak terapung dalam darah, seterusnya mencegah lemak daripada melekat di dinding membrane. Lecithin boleh diperolehi daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Tahukah anda bahawa Soybean Lecithin adalah sumber lecithin bebas kolestrol terkaya dan merupakan sumber utama kolina. Apakah kolina ni? Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmitter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf manusia.

Kolina atau Choline adalah asid amino yang boleh melindungi otak sepanjang hayat, dari usia dalam rahim sehingga usia sangat tua. Malah, pengambilan kolina yang mencukupi oleh ibu hamil akan memenuhi keperluan otak janinnya. Anak akan menikmati jangka hayat intelek yang unggul dan tidak perlu bimbang tentang ingatan menurun.

Kandungan Lecithin:

  • Asid Linolenik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh tubuh tetapi tidah boleh dihasilkan oleh tubuh. Oleh itu, ia perlu diambil melalui diet harian.
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter.
  • Asetikolina – membekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
  • Inositol – sebagai komponen utama membran/selaput sel dalam tisu di seluruh badan.

Kegunaan Lecithin:

1. Merendahkan kadar kolestrol

  • Memproses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolesterol.
  • Membantu mengawal paras triglycerides.
  • Menurunkan jumlah serum kolesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Mengurangkan kesan buruk akibat masalah kolesterol.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat pada pembuluh-pembuluh darah.

2. Penting untuk fungsi otak

  • Lecithin meningkatkan bekalan choline dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecithin.
  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak – berfikir, konsentrasi, ingatan, menentukan kita makan, tidur, berdiri, berlari, bercakap, penghadaman dll.
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat ke otak. Fungsi-fungsi hanya dapat dilakukan jika bekalan mencukupi. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasilkan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.

3. Warga tua

  • Warga tua yang uzur memerlukan lecithin untuk mengurangkan angin, strok (angin ahmar) dan sakit – sakit yang biasa dialami oleh mereka.
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluh  darah daripada tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dll.

4. Kesihatan kardiovascular (sistem jantung)

  • Fungsi utama lecithin adalah sebagai ‘pemecah lemak’ / ‘fat emulsifier’ yang amat penting untuk perlindungan sistem jantung.

5. Keguguran rambut

  • Keguguran rambut adalah disebabkan kekurangan inositol (komponen dalam lecithin menyebabkan rambut gugur).

6. Penghadaman

  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil ‘bile’ daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman.

Kelebihan Lecithin Shaklee:

  • DIperoleh secara semulajadi daripada kacang soya.
  • Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

lecithin

 

Dapatkan Lecithin Shaklee sebagai pemecah lemak secara semulajadi yang power hari ini! Harga pasaran:

  • Lecithin 180s SM: RM52 | SS: RM55

Hubungi saya untuk mendapatkan HARGA ISTIMEWA! Isikan borang untuk Order dan pertanyaan.

Shaklee Independent Distributor ID: 888106 | Fatin Hamizah
Email: vitaminstreet@gmail.com
Atau
PM segera di link (www.fb.com/messages/VitaminStreet)!
Atau
SMS/Whatsapp ke 012 – 283 1538