Set Resdung Shaklee Premium

Assalamualaikum everyone!

Label Empowering You!

sinus sneezing

 Berita baik kepada anda yang mempunyai masalah resdung kronik. Kalau tidur lewat sikit, atau kalau cuaca sejuk terlebih, mesti terkena selsema. Lagi satu, jenis alah dengan habuk. Selsema ni pulak bukan jenis biasa-biasa, sekali bersin mesti kuat sangat.

Ubat resdung biasa seperti Clarityne, Clarinase, Zyrtec, Xyzale atau jenis spray macam Nasonex, Rhinocort. Hmmmm, cuba fikirkan sampai bila nak bergantung dengan ubat drug. Seperti yang kita tahu, ubat drug lama kelamaan akan ada side effect kepada buah pinggang dan organ-organ yang lain. Tapi, Shaklee ni suplemen semulajadi yang bebas bahan kimia. Fuh, nasib baik ada Shaklee kan..

Yang dah mencuba Alfalfa tapi tak nampak keberkesanannya, saya cadangkan untuk ambil Set Resdung Premium yang mengandungi 3 vitamin penting termasuk Nutriferon, Omega Guard dan Garlic. Kesannya memang sangat memuaskan dan berkesan.

Kalau malam ni start resdung lepas tu makan 3 vitamin ni, esok pagi bangun dah tak bersin-bersin lagi dah.

Kebaikan Set Resdung Shaklee Premium

♥ Nutriferon

nutriferon shaklee

  • Merangsang penghasilan Interferon. Interferon ni kerja dia macam ni. Bila virus masuk dalam badan, Interferon akan bertindak seperti alarm sistem untuk panggil sel darah putih bunuh virus di samping interferon melindungi sel yang masih belum diserang.

♥  Omega Guard

omega-guard shaklee

  • Omega Guard ni mengandungi Omega – 3 dan Omega – 6 yang bertindak sebagai anti-radang yang menyebabkan resdung. Sebab tu kalau ibu mengandung amalkan Omega Guard, insya-Allah bayi dalam Rahim tak mewarisi eczema atau allergy yang lain.

♥  Garlic

garlic-complex shaklee

  • Garlic merupakan antibiotik semulajadi. Alami sendiri kesannya kalau telan 2-3 biji Garlic sehari.

Yakinlah lepas amalkan vitamin 3 serangkai ni, jarang sangat bersin dan selsema.

Kalau nak diskaun sebanyak 20% baik anda daftar sebagai ahli Shaklee. Bukan sahaja dapat harga ahli, malah anda boleh dapat lebih dari itu. Tak payah bazir duit dan tenaga untuk survey harga lagi.

Hubungi saya sekarang untuk mendapatkan Set Resdung Shaklee Premium dan Daftar Ahli. Sudah tentu konsultasi secara eksklusif untuk customer saya sahaja.

Cara Order

 Daftar Ahli Shaklee sekarang
shaklee feel the difference

Advertisements

Vitamin Shaklee – Masalah Resdung

Assalamualaikum everyone!

Label Empowering You!

 sneezing sinus

Penyakit Resdung adalah antara penyakit yang sering menjadi masalah kepada ramai orang di Malaysia. Pelbagai rawatan telah dicuba untuk atasi masalah penyakit resdung ini seperti facial resdung, berlilin dan rawatan alternative terbaru adalah kaedah berbekam. Tak tahan pedih dan sakit dengan rawatan alternative? Berita baik untuk mereka yang mempunyai athma, resdung (Sinus), alergi (allergy), gegata (Hives) dan sakit kulit (Eczema). Set Resdung Shaklee disyorkan bagi membantu mengatasi masalah yang menghantui anda selama ini. Tak perlu lagi risau sakit atau pedih untuk menjalani rawatan alternative. Dalam istilah perubatan, penyakit resdung dikenali dengan nama Sinusitis. Masyarakat secara amnya beranggapan penyakit ini adalah penyakit yang tidak berbahaya walaupun hakikatnya jika dibiarkan berlarutan menjadi kronik ia boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut!

Set Resdung Shaklee

Punca Penyakit Resdung

Selalunya, para pesakit resdung akan mengalami situasi seperti bersin dengan kerap, dengkuran luar biasa, batuk, gatal hidung, cepat letih, muka terasa sakit dan pening kepala pada waktu pagi. Bagi pesakit resdung yang kronik, resdung berisiko menyebabkan punca telinga menjadi pekak. Sebelum bercerita lebih lanjut tentang Set Resdung Shaklee, terlebih dahulu kita perlu tahu apa punca sebenarnya yang menjadi penyebab berlakunya penyakit resdung ini.

Dr. Mohamad Hamzah – Pakar Hidung, Telinga dan Tekak Hospital Pakar Perdana, menyatakan resdung adalah sejenis penyakit hidung yang berpunca daripada radang pada membran. Sinus pula merujuk kepada rongga dalam tulang muka yang dipenuhi mukosa. Rongga sinus yang tersumbat berisiko menyebabkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Resdung juga boleh berpunca disebabkan oleh rerambut halus silia dalam rongga sinus yang gagal menyempurnakan tugas untuk melancarkan aliran mucus.

Antara komplikasi penyakit resdung:

  • Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
  • Jangkitan otak (meningitis)
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Memburukkan keadaan lelah
  • Berdengkur yang kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
  • Alahan hidung atau hidung sensitive
  • Selsema biasa yang melarat

Kebaikan Set Resdung Shaklee

Alfalfa Complex

alfalfa shaklee

  • Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
  • Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
  • Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.

B – Complex

b-complex shaklee

  • Kandungan B6 dalam B-Complex memainkan peranan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
  • Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B-Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
  • Membantu dalam membina protein dalam tubuh.

Vitamin C

vita-c shaklee

  • Berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imunisasi) seseorang menghadapi serangan penyakit.
  • Mempercepat proses penyembuhan tisu tubuh.
  • Vitamin C memastikan proses pemuliharaan dan proses metabolism dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.

Cara pengambilan:

  • B – Complex: 1 biji sehari (selepas makan).
  • Vitamin C: 2 biji sehari. 1 biji pagi, 1 biji malam (selepas makan).
  • Alfalfa: 4 biji sehari. 2 biji pagi, 2 biji malam (selepas makan).

Anda juga boleh mencuba sendiri DIY masker shaklee. Mudah sangat dan cara cepat untuk mengurangkan gatal-gatal di muka.

Jangan berlengah untuk mencuba Set Resdung Shaklee bagi merawat masalah resdung anda. Produk Shaklee adalah produk semulajadi dan bebas dadah. Dapatkan Set Resdung Shaklee  sekarang dengan harga RM198 sahaja untuk stok 3 – 4 bulan penggunaan. Kalau nak diskaun sebanyak 20% baik anda daftar sebagai ahli Shaklee. Bukan sahaja dapat harga ahli, malah lebih dari itu. Tak payah bazir duit dan tenaga untuk survey harga lagi.

Hubungi saya sekarang untuk mendapatkan Set Resdung Shaklee dan Daftar Ahli. Sudah tentu guide cara makan vitamin secara eksklusif untuk customer saya sahaja.

“Heal your sinus, Heal your life”

Thank you for reading!

♥ Add/PM FB: Fatin Hamizah
♥ Whatsapp/SMS: 012-2831538
♥ Fanpage: Vitamin Street
shaklee feel the difference