KESAN SET KEHAMILAN SHAKLEE | Mengelak Risiko Jaundice, Allergik, Tumpah Darah & Banyak Lagi

Assalamualaikum dear readers!

Yes! Hamil akhirnya! Bila sudah sah hamil maka bermulalah episod baru dalam kehidupan seorang wanita. Dapat rasakan perut yang semakin membesar, malah dapat merasakan pergerakan bayi dalam perut. Indahnya saat itu..

Si ibu pun mula lah sibuk mencari vitamin dan makanan yang bagus untuk kesihatan diri dan bayi dalam kandungan. Kalau pergi hospital, doktor akan prescribe kita dengan beberapa vitamin kehamilan. Obimin lah, kalsium lah, asid folik lah. Mencabar nya.. tapi excited!

Tercari-cari vitamin terbaik semasa hamil? Siapa tak nak yang terbaik, tambah lagi kalau ada yang semulajadi, pasti nak pilih yang semulajadi kan. Sama lah jugak macam beli sayur, kita pasti pilih sayur organik berbanding sayur biasa jika kita tahu kepentingannya. Kali ni saya nak kongsikan kenapa pentingnya Set Kehamilan Shaklee bagi ibu hamil.

1. Menghilangkan Loya Morning Sickness

set kehamilan shaklee elak morning sickness

Vitamin B6 dan Vitamin B12 membantu melegakan morning sickness. Selain Vitamin B-Complex, supplement Peppermint Ginger turut membantu menghilangkan loya morning sickness.

Vitamin B-Complex turut mengandungi Vitamin B9 yang dikenali sebagai Folic Acid. Folic Acid sangat penting  untuk mengelakkan kecacatan tulang belakang bayi. Sangat penting di ambil pada awal trimester sebab masa ni lah tulang belakang bayi sedang terbentuk. Vitamin B-Complex Shaklee lengkap dengan unsur B1 hingga B12, maknanya lengkap dengan Folic Acid lah. Kalau ambil Shaklee, dah tak perlu ambil folic acid hospital.

2. Meningkatkan Bilangan HB Darah

set kehamilan shaklee naikkan blood hb vitalea

Anda berasa letih, sakit, terganggu atau lemah semasa awal kehamilan? Jangan abaikan gejala ini dengan menganggapnya sesuatu yang normal semasa hamil. Masa ni placenta mula terbentuk. Asalnya tubuh kita just supply darah untuk kita sorang, tapi kali ni nak kena supply untuk kita si ibu dan placenta serta baby yang baru terbentuk.

Bilangan HB darah berkurang bila kurang makan makanan berzat besi seperti daging atau sayur. Kat sini lah Vitalea Iron Formulated boleh membantu. Rata-rata pengalaman kenalan, dari HB 8 boleh naik hingga HB 13! Alhamdulillah

3. Blood Clot (elak tumpah darah lepas bersalin)

set kehamilan shaklee elak tumpah darah

Tahukah anda, pengambilan vitamin yang betul membantu mengelakkan risiko tumpah darah selepas bersalin. Vitamin tersebut adalah Calcium. Shaklee offer Ostematrix sebagai sumber Calcium. Ada kan ibu hamil yang rasa tak lalu nak minum susu atau makan sayur sebagai sumber calcium. Jadi, boleh lah amalkan Ostematrix hingga ke saat bersalin.

Istimewanya Ostematrix ni, ia dilengkapi dengan agen penyerap Calcium, iaitu Magnesium dan Vitamin D. Agen penyerap ni membantu tubuh kita serap Calcium. Tubuh kita sukar serap calcium tanpa agen penyerap.

Selain Ostematrix, Alfalfa turut membantu blood clot. Ibu hamil yang nak ambil Alfalfa, dinasihatkan jangan ambil pada awal kehamilan. Ambil Alfalfa pada akhir kehamilan, dah nak dekat due sebab Alfalfa ni herba. Alfalfa ni boleh merangsang pengecutan rahim anda.

set-kehamilan-shaklee4. Elak Jaundice

set kehamilan shaklee elak jaundice

Alfalfa terbukti dapat mengelakkan jaundice berdasarkan pengalaman beberapa kenalan. Bahkan rakyat amerika sendiri dah lama praktikkan amalan ni. Namun hati-hati, disebabkan Alfalfa ni boleh merangsang pengecutan rahim anda, ibu yang nak ambil hanya boleh ambil di akhir kehamilan, macam dalam bulan ke-8. Dan tak boleh lebih dari sebiji.

Tapi nanti kalau lepas bersalin boleh lah amalkan maksimum 10 biji sehari. Alfalfa membantu ibu berpantang untuk melawas dan merangsang penghasilan susu ibu.

5. Mengelakkan risiko pre-eclampsia (tekanan darah tinggi sewaktu kehamilan)

set kehamilan shaklee elak darah tinggi

Biasanya pre-eclampsia (tekanan darah tinggi sewaktu kehamilan) ni dikesan pada akhir kehamilan. Kalau anda pernah alami sejarah tekanan darah tinggi, anda perlu ambil berat pengambilan protein yang cukup semasa hamil. Start ambil protein sebaik sahaja anda disahkan hamil.

Untuk protein, anda boleh dapatkan Energy Soy Protein (ESP), sumber protein terbaik kerana ia bebas lemak, bebas kolesterol dan tulen.

6. Mengurangkan risiko anak menghidap allergik

set kehamilan shaklee elak allergik

Info penting, kalau anda atau pasangan kedua-duanya ada allergik, contohnya Eczema, kita boleh usahakan supaya baby tak dapat allergik. Dengan pengambilan vitamin minyak ikan. Anda boleh dapatkan Omega Guard sebagai sumber minyak ikan. Omega Guard ni banyak kelebihannya termasuk lah membantu perkembangan otak bayi, perkembangan visual bayi, melembutkan bahagian vagina (kasi bukaan lembut semasa nak bersalin), disebabkan kandungan asid lemak-3.

Omega Guard ni istimewa berbanding minyak ikan lain sebab kandungan DHA dan EPA nya paling tinggi antara semua brand. Dan ia BUKAN dibuat dari hati ikan (cod liver). Hati ikan ni penuh toksik. Shaklee memilih minyak ikan Omega Guard dari ikan sebenar, bukan hati ikan.

7. Mengelakkan risiko anak kurang sempurna fizikal atau organ

Moga anak yang dilahirkan tak cacat pancaindera dan semua organ termasuk jantung, paru-paru, etc semua sempurna. Kat sini lah pentingnya pengambilan protein.

Kenapa protein penting?

Protein merupakan asas pembinaan sel dalam tubuh. Mula-mula sel terbentuk, kemudian membentuk tisu, kemudian organ, kemudian sistem, kemudian tubuh terbentuk sempurna.

Sel > Tisu > Organ > Sistem > Tubuh

Anda boleh dapatkan Energy Soy Protein (ESP) sebagai sumber protein. Pengambilan calcium juga penting sebab calcium membantu pembentukan darah, dan sistem kardiovaskular bayi. Calcium Shaklee adalah Ostematrix tadi.

Tak sabar nak beli Set Kehamilan Shaklee?

Pembelian Set Kehamilan Shaklee di sini >>> Saya nak beli Set Kehamilan Shaklee

Hanya beli secara online dan pihak Shaklee akan menghantar terus produk ke rumah anda.

Anda mahu jadi ahli Shaklee dan nikmati potongan hebat 15% – 20%?
Anda ingin mengetahui cara daftar Shaklee?
Mudah sahaja hanya klik di sini:

CARA MUDAH & CEPAT JADI AHLI SHAKLEE

CARA JADI AHLI SHAKLEE SECARA PERCUMA

Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau konsultasi 🙂

Fatin Hamizah | SMS/Whatsapp: 012 – 283 1538 | Shaklee ID: 888106

Saya adalah wakil Sah Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di area Uptown Damansara, Bandar Utama, Mutiara Damansara, Damansara Perdana, TTDI, Bangsar, Sri Damansara, Damansara Damai, Universiti Malaya, Ampang.

Vitamin Yang TIDAK BOLEH & Vitamin Yang PENTING Diambil Oleh Ibu Hamil/Semasa Mengandung

Assalamualaikum Dear Readers!

Kali ini saya ingin berkongsi tentang vitamin-vitamin yang tidak digalakkan ambil semasa hamil. Walaupun Shaklee merupakan supplement atau makanan tambahan, namun untuk memastikan anda dan kandungan anda selamat, maka anda perlu alert beberapa jenis vitamin dan kandungan vitamin yang tidak sesuai diambil semasa hamil. Nak tak nak anda harus bersabar sehingga selepas kelahiran untuk mengambil vitamin-vitamin tersebut..

Dearest Ibu Hamil,

Set Kehamilan SHaklee

 

Sila elakkan diri anda daripada mengambil vitamin-vitamin seperti di bawah:

  • Alfalfa Complex
  • DTX Complex
  • Collagen Powder
  • Carotomax
  • Garlic Complex
  • Herb-Lax
  • Vitamin E Complex
  • GLA Complex
  • Vivix
  • Cinch

*Pengecualian untuk teruskan pengambilan hanya jika anda mendapat saranan doktor.

Kenapa Ibu Hamil Tak Boleh Ambil?

Cinch tak digalakkan ambil kerana ia sangat rendah kalori dan mungkin menjejaskan nurisi yang diperlukan bayi anda. Vitamin-vitamin yang tinggi antioksidan seperti Vitamin E, Vivix, GLA dan Carotomax tak digalakkan diambil di awal kandungan kerana dikhuatiri si ibu akan mengalami keguguran. Begitu juga dengan alfalfa yang boleh merangsang pengecutan rahim anda.

Biasanya pada awal kehamilan, antibodi si ibu menurun bagi memberi laluan untuk janin membesar dalam rahim ibunya. Pengambilan vitamin yang tinggi antioksida akan membantu meningkatkan sistem imun si ibu, seterusnya tubuh ibu akan melihat janin tadi sebagai “bendasing” yang perlu disingkir keluar lalu boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah hamil.

Oleh itu, sebelum anda membeli apa jua vitamin, pastikan konsultasi diberikan agar pengambilan vitamin memberi kesan kesihatan yang optimum.

Jadi, Apa Vitamin Yang Sesuai Untuk Ibu Hamil?

Ibu hamil digalakkan mengambil multivitamin dan vitamin yang tinggi zat besi, mengandungi asid folik yang cukup kerana ia penting untuk perkembangan bayi dan mengelakkan  kecacatan. Kalsium yang mencukupi Vitamin C dan minyak ikan. Sebahagian vitamin ini juga dikenali sebagai ‘hematinic vitamin’ sebagaimana yang dibekalkan oleh klinik-klinik dan hospital kerajaan. Namun, jika anda mempunyai bajet sendiri untuk vitamin pilihan anda, tidak salah untuk anda mencuba Set Kehamilan Shaklee.

Apakah Produk Set Kehamilan Shaklee?

Set Kehamilan-page-001Set Kehamilan Shaklee terbahagi kepada 2 kategori iaitu Set Kehamilan Trimester 1 dan Set Kehamilan Trimester 2 dan 3. Boleh baca dengan lebih lanjut di Khasiat Set Kehamilan Shaklee untuk mengetahui fungsi setiap vitamin yang dicadangkan.

Set Kehamilan Shaklee Trimester 1

  • Vitalea – Multivitamin dengan zat besi
  • B-Complex -Dengan asid folik
  • Vitamin C – Vitamin untuk mengurangkan risiko demam dan selsema semasa hamil
  • ESP – Memberi tenaga tambahan dan untuk kecantikan kulit semasa hamil serta kulit bayi yang sihat

Set Kehamilan Shaklee Trimester 2 dan 3

  • Vitamin – vitamin dalam Set Kehamilan Shaklee Trimester 1 
  • Ostematrix – Kalsium untuk menguatkan tulang anda bagi persediaan sebelum dan selepas kelahiran
  • Omega Guard – Minyak ikan yang mengandungi DHA dan EPA

Anda adalah apa yang anda makan, begitu juga dengan anak anda.. Jika anda mengamalkan pemakanan sihat yang mencukupi keperluan nutrisi ketika hamil adalah lebih baik. Set ini hanya membantu anda melengkapkan pengambilan nutrisi anda ketika hamil. Semoga anda mendapat yang terbaik sepanjang tempoh kehamilan anda 😀

Saya Nak Dapatkan Set Kehamilan Shaklee!

Harga

Harga sebotol Vitalea hanya RM88.75 sahaja untuk 120 tablet, stok 4 bulan!

Harga sebotol B-Complex hanya RM53.75 sahaja untuk 120 tablet, stok 4 bulan!

Harga sebotol Vitamin C hanya RM92.50 sahaja untuk 180 tablet dan tahan selama 6 bulan!

Harga ESP hanya RM150 sahaja untuk 850g dan tahan selama 2 – 3 bulan.

Harga sebotol Ostematrix hanya RM61 untuk 120 tablet dan tahan selama 1 bulan.

Harga sebotol Omega Guard hanya RM136 untuk 90 capsules dan tahan selama 3 bulan!

Nak diskaun?
Boleh, no problem.
Tapi kena join jadi ahli dulu lah. Yuran jadi ahli hanya RM75.
Anda akan terus dapat menikmati harga ahli dan point terus masuk bawah ID anda 😀
Nak order sekarang?
Hubungi saya:
Fatin Hamizah | SMS/Whatsapp: 012 – 283 1538 | Shaklee ID: 888106
Pengedar Sah Shaklee area Uptown Damansara, Bandar Utama, Mutiara Damansara, Damansara Perdana, TTDI, Bangsar, Sri Damansara, Damansara Damai, Universiti Malaya, Ampang.

Cara Order

  Daftar Ahli Shaklee sekarang

shaklee feel the difference

Cara Makan Set Kesuburan Shaklee Dengan Berkesan dan Cepat Hamil

Assalamualaikum dear readers,

Kali ni saya nak cerita cara makan set kesuburan shaklee secara step by step. Nak makan kena faham caranya.

Set Kesuburan Shaklee

Secara ringkasnya, entry ni akan membantu anda memahami:

  1. Cara Makan Set Kesuburan Suami dan Isteri Dengan Cara Yang Betul dan Berkesan.
  2. Kenapa zinc perlu dimakan semasa perut kosong?
  3. Kenapa vitamin E perlu dimakan bersama makanan berminyak?
  4. Perkara Penting Yang Perlu Dilakukan Selepas Makan Vitamin.

1. CARA MAKAN PRODUK SHAKLEE GLA COMPLEX DAN VITALEA UNTUK KESUBURAN

Peringkat Pertama: Baru pertama kali makan GLA. Nak stabilkan hormon badan isteri semula. Vitalea makan sebiji sehari.

#1: Makan Vitalea setiap hari. 1 biji selepas sarapan setiap hari. Jangan makan vitalea dengan makanan dan minuman berasaskan susu.

#2: Kemudian, makan GLA Complex 1 biji selepas sarapan juga. Dan 1 biji lagi GLA Complex pada waktu malam sebelum tidur.

#3: Bagi tujuan kesuburan, GLA Complex mestilah dimakan SETIAP HARI. Bagi bulan pertama, makan semasa hari pertama haid sampai period semula. Jangan berhenti makan masa period tau.

#4: Anda mesti alert, semasa bulan pertama makan GLA, anda harus tahu bila tarikh anda sepatutnya datang bulan. Contohnya, bulan lepas kitaran anda 28 hari. Jadi, bulan ni lebih kurang 28 hari juga.

#5: Kalau dah masuk 30 hari tak period lagi, buat Urine Pregnancy Test. Kalau ujian UPT positif dan anda sah mengandung, terus BERHENTI MAKAN GLA ya.

#6: Kalau tak hamil dan period datang macam biasa, kita masuk peringkat ke-2 pula.

Peringkat Kedua: Lepas hormon badan dah stabil.

#1: Kira berapa hari kitar period anda. Berapa hari? Sebagai contoh kita ambil 30 hari ehh.

#2: Kemudian, bahagikan kitaran anda dengan 2. Contoh 30 hari divide 2 ialah 15 hari.

#3: InsyaAllah waktu subur anda pada hari ke-15 selepas haid.

#4: Makan GLA Complex sejak hari pertama haid sehingga sehari sebelum waktu subur iaitu hari ke-14. Sehari sebiji ehh.

#5: Pada hari ke-15, BERHENTI makan GLA. Vitalea masih makan macam biasa ehh.

#6: Buat ujian UPT sekiranya haid tak datang macam biasa.

#7: Jika haid datang macam biasa, ulang PERINGKAT KE-2 ni sehinggalah hamil ya. InsyaAllah. Jika anda hamil je, terus STOP makan GLA.

Sekiranya anda nak tahu lebih banyak tentang GLA Complex, KLIK DI SINI

Selesai bahagian wanita, sekarang kita masuk part lelaki pula.

CARA MAKAN SET KESUBURAN LELAKI

#1: Makan 1 biji Zinc Complex SEBELUM sarapan.

#2: Kemudian ambil 2 biji Vitamin E, SELEPAS makan tengahari ehh.

Simple sangat kan!

2. KENAPA MESTI AMBIL ZINC COMPLEX SEMASA PERUT KOSONG?

Mudah je. Sebabnya, zinc ni akan kalah dengan zat lain macam kalsium. Contohnya anda sarapan sandwich, dalam tu ada keju dan minum teh tarik.

Susu dan keju dalam teh tarik dan sandwich mengandungi kalsium. Jadi, kalau kita ambil zinc selepas makan, zinc tidak akan diserap oleh badan. Rugi lah..

Jika kita makan roti dan bijiran lain semasa sarapan. Contonhya cornflakes, koko crunch dan roti bijirin penuh/wholemeal. Phytates dalam makanan tersebut akan bergabung dengan zinc untuk menjadi bentuk yang sukar diserap badan.

Membazirlah kan.. Sebab tu elok makan masa perut kosong. Sebelum kita ambil sarapan.

Baca lebih lanjut tentang Cara Makan Zinc Complex Di Sini

3. KENAPA VITAMIN E ELOK DI AMBIL SELEPAS MAKAN?

Vitamin yang larut dalam Minyak dan Lemak ialah A, D, E dan K. Kita akan makan makanan berminyak semasa lunch atau dinner. Jadi, Vitamin E lebih mudah larut dalam minyak dan diserap badan.

Selain Zinc Complex dan Vitamin E, CoQHealth juga sangat bagus untuk kesuburan lelaki. Kenapa?

CoQHealth akan membantu jantung kita beroperasi dengan lebih kuat. Bila jantung sihat, anda akan jadi lebih bertenaga. Takdelah lesu je.

Bila jantung sihat dan kuat, oksigen akan cukup untuk semua sel dalam badan termasuklah sistem pembiakan.

Cuma CoQHealth ni alternatif saja. Ada budget lebih boleh cuba.

4. PERKARA PENTING YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS MAKAN VITAMIN

#1: Vitamin perlu dimakan mengikut sukatan eh. Jangan terlebih dos yang ditetapkan.

#2: Minum 3 liter air sehari.

Semoga artikel ni membantu anda menggunakan produk ini dengan berkesan.

Tak sabar-sabar nak cuba Set Kesuburan Shaklee ni kan?

Harga

Harga sebotol GLA Complex hanya RM91.25 sahaja untuk 60 capsules, stok 1 bulan!

Harga sebotol Vitalea hanya RM88.75 sahaja untuk 120 tablet dan tahan selama 4 bulan!

Harga sebotol Zinc Complex hanya RM33.75 sahaja untuk 120 tablet dan tahan selama 4 bulan!

Harga sebotol Vitamin E hanya RM149 sahaja untuk 120 capsules dan tahan selama 2 bulan!

Harga sebotol CoQHealth hanya RM124 sahaja untuk 30 capsules, stok 1 bulan!

Nak diskaun?
Boleh, no problem.
Tapi kena join jadi ahli dulu lah. Yuran jadi ahli hanya RM75.
Anda akan terus dapat menikmati harga ahli dan point terus masuk bawah ID anda 😀
Nak order sekarang?
Hubungi saya:
Fatin Hamizah | SMS/Whatsapp: 012 – 283 1538 | Shaklee ID: 888106
Pengedar Sah Shaklee area Uptown Damansara, Bandar Utama, Mutiara Damansara, Damansara Perdana, TTDI, Bangsar, Sri Damansara, Damansara Damai, Universiti Malaya, Ampang.
Cara Order Daftar Ahli Shaklee sekarang
shaklee feel the difference

Cara Tambah Berat Badan Dengan Vitamin Shaklee

Assalamualaikum everyone!

underweight

Selalunya kita baca tentang set kurus, set untuk buang lemak, set kelangsingan badan dan sewaktu dengannya. Padahal ramai sangat yang mengalami masalah underweight atau terlalu kurus.

Bila berat kita underweight, sebenarnya akan ada masalah sampingan lain. Antaranya:

  • Mudah sakit kerana sistem imunisasi tidak kuat
  • Susah dapat anak. Sperma dan ovum tak berkualiti
  • Tulang dan gigi yang tidak kuat
  • Badan lesu dan tidak bertenaga
  • Mudah cedera semasa bersenam kerana kekurangan lemak yang melindungi organ dalaman

Cadangan di bawah sesuai untuk orang yang ingin menambah berat badan atau mencapai berat yang ideal, menawan dan akan membuatkan anda kembali konfiden. Apa yang diperlukan? Set Tambah Berat Shaklee mengandungi Vitalea, B Complex dan Meal Shakes.

Contoh makanan seharian:

Pagi (Sarapan/Sahur -semasa puasa):
Makan pagi (Nasi goreng, nasi lemak, mee, pasta atau mana-mana karbohidrat yang penting mesti ada daging /ayam / telur / ikan)
*** Semasa puasa boleh cuba Performance Drink untuk mengelakkan daripada dehidrasi.
Minum segelas susu (yang ditambah 1 sudu Meal Shakes)
Makan B Complex (1 biji)
Brunch (10:00 – 10:30am):
Makan roti atau biskut
Vitalea 1 biji (dengan air kosong)
Lunch (12:30 – 2pm):
Makanan yang bergizi seperti biasa: Nasi campur bersama lauk ayam / ikan / daging.
Tambah sedikit kuih (jika suka)
Tea time (3:30 – 4pm):
Makan roti. Minum 1 gelas susu atau yogurt (yang di shake kan bersama 1 sudu Meal Shakes)
Makan malam (sebaiknya 3 – 4 jam sebelum tidur/masa berbuka – masa puasa):
Nasi campur bersama lauk ayam / ikan / daging. Tidak perlu makan secara banyak.
Makan Vitalea 1 biji lagi.
10 minit sebelum tidur:
Makan roti atau biskut
Minum susu 1 gelas (yang dicampur Meal Shakes)

Antara Tips Menaikkan Berat Badan:

1. Workout

Dalam menaikkan berat badan, workout penting dalam membentuk otot – otot yang terdapat pada badan kita. Bagi mereka yang terlampau kurus, ini sangat penting dalam membentuk otot mereka. Workout tidak semestinya dilakukan di gym semata-mata. Anda juga boleh lakukan semasa anda berada di rumah atau berjogging.

Exercise sehari 10 minit paling kurang. Tidak perlu senaman yang berat. Sekadar angkat botol air mineral 500ml yang berisi air (seperti angkat berat dumbbell) atau apa- apa senaman untuk membina muscle. Kenapa perlu senaman? Kita tidak mahu berat tambahan dalam bentuk lemak!

Jauhi makanan tidak sihat terutamanya junk food dan ikutlah contoh pemakanan ini selama sebulan. InsyaAllah berat badan anda akan naik dengan cepat.

2. Makan makanan berprotein

Setelah anda melakukan workout, anda perlu kerap makan makanan berprotein untuk recover otot – otot yang anda bina tu. Semasa dalam proses menaikkan berat badan, kerapkan makan makanan seperti daging, telur separuh masak dan ayam. Kalau hendak lagi cepat menaikkan berat badan, kami syorkan anda minum susu protein. Protein yang sesuai untuk menambah berat badan ialah Meal Shakes Shaklee.

Ada apa dengan Meal Shakes, B Complex dan Vitalea?

#1: Meal Shakes – membekalkan 35% atau lebih nilai harian, mengandungi 19 vitamin dan mineral penting. Ianya sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. Rasanya sedap macam milk shake kat McD dan seperti Vanilla Ice cream. Protein amat penting dalam proses menambah berat badan ini kerana pengambilan protein boleh mengisi keperluan tubuh sebab protein adalah asas kepada pemakanan tubuh badan sama ada nak tambah berat ke.. nak kurus ke.. nak cantik ke.. semuanya perlukan protein dan antara sebab yang lain ialah protein membantu penyerapan dengan lebih baik ke atas supplemen yang kita ambil.

Dengan rasa vanila dan aroma yang  menyelerakan, selera makan pasti bertambah. Senang saja cara penyediannya. Campurkan saja sesudu Meal Shakes dengan air kegemaran anda (dengan syarat bukan air berkafein, bergas dan air panas) untuk rasa vanila yang hebat.

meal shakes

#2: Vitalea – membekalkan 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Ia banyak membantu mencantikkan kulit, kuku, rambut yang kuat dari segi akarnya. Dari segi internal, ia juga membantu mencegah penyakit tiroid atau beguk (penyakit tiroid ini terjadi kebiasaanya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam Vitalea kita). Supplemen penting untuk diet atau slim yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan Vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.

vita lea

#3: B – Complex – mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting. Ia dapat mengawal kadar metabolisma badan, mempertingkatkan kesihatan kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan. 

B complex

Perhatian!

Elakkan makan makanan berminyak dan berlemak kerana ia tidak membantu dalam menaikkan berat badan secara sihat. Sebenarnya, ramai individu yang kurus cuba naikkan berat badan dengan cara yang salah. Ada yang makan makanan berlemak semata – mata mahu menambah berat badan. Itu cara yang salah, mengambil banyak makanan berlemak bukan saja menyebabkan masalah kesihatan, ia juga tidak memberi kesan langsung.

Jadi jika anda hendak menaikkan berat badan anda secara sihat, anda hanya perlu berdisiplin dalam jadual pemakanan supplemen dan jadual pemakanan harian dan workout dan semuanya perlulah istiqamah dan berterusan. Tak boleh kejap makan, kejap ikut, pastu malas dah tak ikut lagi. Memang lah tak jadi kan. Dengan amalkan kesemuanya secara konsisten, ia bukan saja berjaya menaikkan berat badan anda secara sihat, badan anda juga akan berubah menjadi lebih menarik dan mantap.

Saya nak dapatkan Set Tambah Berat Badan Shaklee Sekarang!

Bagi yang nak dapatkan Set Tambah Berat Badan Shaklee yang paling meletop ini bolehlah buat order secara online melalui website order shaklee di bawah. Lepas tu, tunggu je Set Weight Gain anda anda sampai depan pintu rumah/pejabat anda ye.

Order Vitamin Online

Coppp!!!

Anda mahu jadi ahli shaklee dan nak tahu cara daftar shaklee? Mudah je, hanya klik following link:

CARA MUDAH & CEPAT JADI AHLI SHAKLEE

CARA JADI AHLI SHAKLEE SECARA PERCUMA

Jadi Ahli Shaklee

Jika ada sebarang pertanyaan atau konsultasi, hubungi saya  🙂

Fatin Hamizah | SMS/Whatsapp: 012 – 283 1538 | Shaklee ID: 888106
Saya adalah wakil Sah Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di area Uptown Damansara, Bandar Utama, Mutiara Damansara, Damansara Perdana, TTDI, Bangsar, Sri Damansara, Damansara Damai, Universiti Malaya, Ampang.

shaklee feel the difference

Tips Susu Melimpah-Ruah Dengan Set Breastfeeding Shaklee

Assalamualaikum everyone!

milk storing guide

“Dapat lebih 700oz stok EBM sebelum masuk kerja, totally awesome! – Puan Nurul”

“Sebulan saje berat dah jadi macam before pregnant dan susu memang banyak – Puan Wawa”

“Alhamdulillah badan segar sepanjang hari dan tak rasa pening-pening lagi – Puan Syaz”

Ini semua antara testimoni dari pelanggan kami. Jangan peningkan kepala dan buang masa. Cuba set superb dari Shaklee ini dan anda akan rasa:

  • Susu menjadi lebih pekat. Jadi bayi cepat kenyang dan tidak meragam
  • Susu melimpah sampai basah baju
  • Stok EBM yang banyak sebelum mula bekerja
  • Seisi perahan efektif. Boleh mencapai lebih 20oz satu sesi 😀
  • Turun berat badan dengan cepat dan sihat
  • Badan lebih bertenaga dan rasa cergas
  • Rahim kecut dengan cepat
  • Kulit bayi anda dan bayi cantik. Stretch mark cepat hilang
  • Tidak stress dan rasa tenang sepanjang berpantang
  • Luka bersalin (normal atau CSec) cepat sembuh

Cemana ek nak tambah susu? Saya akan interview dulu, dah buat ke belum perkara asas untuk menjayakan penyusuan? Sebelum tu, kita kena tahu beberapa perkara asas dalam penyusuan susu ibu. Lepas tu baru saya akan suggest. Set Breastfeeding Shaklee ni hanya melengkapkan salah satu perkara asas dalam penyusuan, ia bukan magic potion – tak buat apa-apa, tak pam, kurang minum air tapi susu terus memancut. Tak! Ia tidak melawan fitrah alam. Tapi ia membantu ibu menyusukan anak dengan lebih selesa dan merangsang penghasilan susu yang lebih berkualiti.

Cabaran yang sering dihadapi ibu menyusu termasuklah:

  1. Production susu drop walaupun dah buat semua perkara asas
  2. Letih yang amat. Sampai ke tahap eeeee rasa nak bagi susu formula je lah. Haha
  3. Hubungan dengan suami makin dingin
  4. Lenguh-lenguh badan dsb.

Set Breastfeeding Shaklee mengandungi beberapa supplement asas breastfeeding. Boleh ambil semua untuk kesan yang marvellous. Atau pilih-pilih nak mana satu 🙂

#1: ESP

Kelebihan ESP boleh klik di sini. ESP ni membuatkan kita tak rasa letih, sentiasa bertenaga sepanjang hari dan merupakan salah satu MILK BOOSTER sebab ianya melengkapkan salah satu komponen utama susu ibu, iaitu protein.

#2: Vitalea

Nak tahu kenapa susu kita drop? Ini merupakan tanda badan kita sedang kekurangan nutrisi. Apa kaitannya? Contoh ye, bila kita kurang makan dalam sehari, contohnya kita puasa lah katakan. Adakah kita akan lembik, atau bertenaga sepanjang hari? Ni bila kita disekat untuk makan, sah-sah lah kita akan lembik sepanjang hari kan?

Macam tu jugaklah badan kita. Bila badan kurang nutrisi, organ-organ dan sistem-sistem dalam tubuh yang bekerja untuk menghasilkan susu ibu menjadi lembik dan production pun menurun. Kat sini lah Vitalea membantu.

Vitalea ni nama lain bagi multivitamin. Ia mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Jadi kalau mak – mak yang selalu makan luar, kita pun tak sure cukup tak nutrisi seharian kita sebab ye lah, makanan pun bergoreng, minyak orang kedai dah guna reuse berapa kali, semua nutrisi hilang semasa penyediaan makanan, maka mak – mak ni dicadangkan sangat untuk ambil Vitalea.

Lagi satu, Vitalea ni memang power sebagai ENERGY BOOSTER. Betul power. Tapi kena ambil 2 bijik lah sehari. Sebijik je tak jalan. Ikut cadangan kat botol vitamin tu.

#3: B Complex

Tahukah anda orang perempuan ni nak tak nak memang kerap bermain dengan emosi. Kalau period lah senang nampak, nampak beremosi sungguh. Sikit-sikit nak marah, ada je yang tak kena. Dan bila emosi ni tak terkawal, production susu lah yang akan terjejas. Kalau si ibu sering stress dengan urusan pejabat, urusan maid atau pengasuh, atau apa – apa urusanlah.. yang keyword nya STRESS, maka susu pun susah nak flow dengan lancar. Dan inilah salah satu punca kenapa susu mula down.

Kat sinilah pengambilan B Complex memainkan peranan. Yelah, nak de-stress kat tepi tasik sah-sah takde masa. B Complex merangsang penghasilan serotonin kat otak. Hormon serotonin ni nama lain dia adalah hormon happy. Jadi bila ada banyak hormon happy, ibu happy, milk production pun bertambah lancar.

#4: Vitamin C

Tahukah anda masa kita menyusukan anak, boleh jadi kelenjar susu kita tercedera. Lebih – lebih lagi dengan gabungan keadaan yang kita stress. Bila kelenjar susu luka, tu pasal milk production boleh jadi low. Jadi vitamin C kat sini berperanan sebagai melindungi kecederaan kelenjar susu. Dalam vitamin C ada sedikit unsur collagen. Collagen dalam vitamin C ni lah yang akan tolong seal kan luka jika luka terjadi.

#5: Alfalfa

Alfalfa ni memang takyah sebut semua ibu pun tahu Alfalfa ni salah satu MILK BOOSTER. Biasa yang famous dengan milk booster ni samada fenugreek atau alfalfa. Lagi yang best tentang alfalfa yang saya suka sangat! Alfalfa ni semacam pengganti kacip fatimah 😛 Kenapa? Ia menghilangkan keputihan dan mengetatkan bahagian faraj, jadi ala-ala anak dara gitew 😀 Jadi ibu – ibu yang perasan hubungan dengan suami makin dingin, saya cadangkan cuba ambil ESP, Vitalea dan Alfalfa. Gabungan ENERGY BOOSTER dan vitamin wanita 😛

Kalau untuk ibu dalam pantang, kita suggest Alfalfa sebagai pelawas. Dose dia berbeza sikit kalau tak nak melawas. Kalau untuk ibu preggy, kita suggest amalkan alfalfa di akhir kehamilan untuk elak anak jaundis dan memastikan tak tumpah darah semasa bersalin nanti.

#6: Ostematrix

Nama lain bagi Ostematrix ni ialah kalsium. Dan siapa tak tahu? Kalsium adalah komponen utama dalam susu ibu. Kalau sebut susu je, mesti kita boleh relate dengan kalsium kan? Kalau takde unsur kalsium, tak jadilah dia susu. Ostematrix ni salah satu milk booster.

Lebih – lebih lagi bila susu mula merudum semasa period. Kat sini lah Ostematrix memainkan peranan penting. Sebab apa? Tubuh kita kehilangan banyak darah. Kalsium akan membantu replenish darah yang hilang sebab memang salah satu fungsi kalsium adalah membantu penghasilan darah. Kalau ibu hamil, kita akan tekankan pengambilan kalsium, salah satunya untuk elak risiko tumpah darah semasa bersalin, ia membantu blood clot dengan baik.

Ostematrix juga membantu mengatasi rasa lenguh – lenguh badan ibu menyusu, sebab ia mengandungi kalsium yang padatkan tulang dengan kalsium. Ye lah, bila menyusukan anak, tubuh kita akan hasilkan susu menggunakan kalsium dalam badan. Bila jarang minum susu atau makan sayur segar, tubuh kekurangan kalsium, dan tubuh kita akan ambil kalsium dari tulang, gigi etc. Sebab tu kalau perasan ibu menyusu ni cepat letih, cepat sengal – sengal badan. Kat sini lah Ostematrix membantu.

#7: Omega Guard

Omega Guard ni adalah minyak ikan yang dihasilkan oleh Shaklee. Untuk baby baru lahir, kita tak bagi apa – apa makanan kecuali susu ibu. Hatta air kosong sekalipun. Walaupun minyak ikan Shaklee sangat bagus untuk imunisasi bayi dan perkembangan otak si manja, kita tak cadangkan untuk bagi direct kepada baby. Tapi secara alternatif, ibu menyusu boleh ambil Omega Guard ni dan salurkan khasiat kepada bayi.

Omega Guard ni sangat bagus untuk imunisasi anak dan mengurangkan radang eczema jika bayi anda ada masalah eczema. Ada orang tanya, apa beza Vitamin C dan Omega Guard untuk imunisasi bayi? Saya boleh bagi analogi – Omega Guard ni lebih cepat merawat berbanding Vitamin C. Omega Guard ni ibarat kapal terbang, Vitamin C ibarat berbasikal ^_^

Anda ibu menyusu yang prihatin terhadap kesihatan tubuh semasa menyusukan anak? Jom amalkan Set Breastfeeding Shaklee. Memang best!! Saya turut menyediakan beberapa pakej Set Breastfeeding Shaklee yang boleh disesuaikan dengan bajet anda.

Hubungi saya sekarang!

Fatin Hamizah | SMS/Whatsapp: 012 – 283 1538 | Shaklee ID: 888106

Ingin mendapatkan harga ahli? Mestilah!

Pelarasan harga dari Shaklee telah menetapkan harga ahli untuk berdaftar sahaja.

Terdapat pelbagai kelebihan menjadi Ahli Shaklee.

Jangan tunggu lagi, mendaftarlah dengan segera kerana yuran SEUMUR HIDUP hanya sebanyak RM65 (tambahan RM10 untuk kos pengeposan kit ahli ke semenanjung Malaysia dan RM20 untuk pengeposan ke Sabah, Sarawak dan WP Labuan)

Klik sini untuk mendaftar pada hari ini: Jadi Ahli Shaklee

Cara Order Daftar Ahli Shaklee sekarang

 

shaklee feel the difference

 

 

 

 

 

Khasiat SET BERSALIN SHAKLEE: Ibu Lebih Segar dan Bertenaga

Salam everyone!

Ibu-ibu hamil pasti sedang tercari-cari set bersalin yang sesuai untuk anda semasa tempoh berpantang nanti kan? Pastinya pening kepala kerana banyak betul set bersalin di pasaran sekarang.

Ibu yang menyusu lebih-lebih lagi, pasti cerewet sikit pilih set bersalin, maklumlah takut-takut memberi kesan kepada anak yang menyusu. Ataupun lebih menakutkan, set bersalin yang mengeringkan susu! Pastinya itu sesuatu yang tidak diingini oleh ibu-ibu yang baru bersalin dan berhasrat menyusukan bayinya.

Ibu pasti tak rasa risau lagi dengan pilihan terbaik yang ada kini. Ini memang epic, dan menjadi trend ibu-ibu menyusu sekarang memilih Set Bersalin Shaklee.

Supplement Shaklee adalah Halal dan diiktiraf JAKIM, mendapat kelulusan KKM, 100% semulajadi dan insyaAllah berkesan.

Set bersalin ini dilengkapi dengan vitamin dan mineral yang penting untuk ibu-ibu baru bersalin.

set bersalin shaklee

Vita-Lea: Multivitamin dengan semua keperluan nutrisi terutama zat besi yang membantu ibu lepas bersalin yang banyak kehilangan darah semasa proses bersalin dan pemulihan.
B-Complex: Mengurangkan sindrom ‘baby blues’ untuk ibu berpantang. Mencegah anemia, meredakan masalah penghadaman, juga membantu melicinkan kulit.
Vita-C: Vitamin C dengan flavonoids yang penting untuk penyembuhan tisu serta membantu membanyakkan susu ibu.
Zinc: Mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran dan membantu proses pengecutan rahim.
Ostematrix: Membantu penyusuan dan mengelakkan sembelit.
ESP: Protein non-GMO yang memberikan tenaga segera kepada ibu menyusu dan merupakan ‘milk booster’ hebat. Membantu melicinkan kulit dan mencegah insomnia dan tekanan dikalangan ibu yang berpantang.

Jom kita tengok apa kata pengguna yang berpuas hati dengan set ini:

testi sharina

Pastinya anda pun ingin merasai pengalaman seperti ini kan. Lebih-lebih lagi jika anda berpantang sendiri..

Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh hubungi saya dengan:

♥ Add/PM FB: Fatin Hamizah
♥ Shaklee ID: 888106
♥ Whatsapp/SMS: 012-2831538
♥ Fanpage: Vitamin Street
♥ COD Area: Uptown Damansara, TTDI, Sri Damansara, Damansara Damai

Khasiat SET KEHAMILAN SHAKLEE: Bertenaga, Lengkap Nutrisi & Mantap

Salam everyone!

Mengandung adalah saat indah bagi seorang ibu dalam menantikan kelahiran si kecil. Namun penantian selama 9 bulan itu perlulah dilengkapi dengan pemakanan yang seimbang agar bayi di dalam kandungan dapat membesar dengan sihat dan baik.

Sayangnya segelintir ibu2 tidak mengendahkan vitamin yang disarankan oleh doktor sepanjang kehamilan walhal vitamin itu sangat perlu untuk memastikan si ibu mempunyai cukup zat dan khasiat untuk terus membekalkan kepada si kecil dalam perut ibu. Hakikatnya sebagai ibu yang mengandung, kita tidak boleh sama sekali memandang remeh pengambilan vitamin sepanjang mengandung.

Set Kehamilan Shaklee kini menjadi pilihan kebanyakan ibu hamil masa kini. Sebab:

  • lengkap dengan semua zat yang diperlukan oleh ibu hamil
  • tahan berbulan-bulan
  • boleh dimakan bersama ahli keluarga
  • harga yang sangat berbaloi
  • semulajadi (bukan sintetik)
  • tidak memberi sebarang kesan sampingan
  • bonus kesihatan & kecantikan extra
  • terbukti selamat & berkesan

Apakah produk Set Kehamilan Shaklee?

Vita-Lea, B-Complex, Vita-C, Ostematrix & Omega

Boleh tambah dengan ESP supaya ibu lebih bertenaga

Jom tengok apa manfaat setiap produk:

[♥] VITA-LEA (Multivitamin)

  • Membantu meningkatkan Hb ke paras normal bagi ibu yang mempunyai darah rendah.
  • Kekurangan zat besi menyebabkan anemia.
  • Menguranglan risiko kelahiran bayi kurang matang.

[♥] B-COMPLEX

  • Membekalkan asid folik yang penting untuk perkembangan tiub neural & tumbesaran.
  • Penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.

[♥] VITA-C

  • Membantu penyerapan zat besi, tumbesaran tulang & collagen.
  • Menguatkan sistem imun – membantu lawan jangkitan & penyakit.

[♥] OSTEMATRIX

  • Menguatkan tulang & gigi, mengatasi sembelit.
  • Menghalang kekejangan otot semasa hamil & kontraksi semasa melahirkan.

[♥] OMEGA GUARD

  • Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
  • Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil.

[♥] ESP

  • Memberi tenaga dengan fungsi protein yang mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu.
  • Mengstimulasi pengeluaran susu.

Set Kehamilan-page-001Setiap vitamin itu memainkan peranan yang penting untuk memastikan ibu itu bertenaga, tidak pitam atau pengsan kerana kurang darah, kestabilan hemoglobin seperti multivitamin dan vitamin B. Manakala untuk sistem imun ibu dan anak pastinya memerlukan vitamin C manakala kalsium sangat penting untuk pembinaan darah, saraf serta pembentukan tulang. Minyak ikan pula sangat bagus untuk pembentukan DHA otak bayi.

Kekurangan mana-mana vitamin ini boleh mengganggu pembesaran si kecil semasa dalam kandungan. Antaranya ialah bayi tidak membesar mengikut graf yang sepatutnya, gangguan pembesaran tengkorak bayi, tulang yang lembut dan imun sistem yang rendah.

Berkesan ke Set Kehamilan Shaklee ni?

Boleh lihat testimoni di sini. Lagi testimoni di sini.

Setiap pembelian dari pihak VITAMIN STREET melayakkan anda untuk mendapat HARGA ISTIMEWA & KONSULTASI PERCUMA dari pihak kami :)

Dapatkan set ini sekarang bagi nutrisi lengkap untuk ibu hamil!

♥ Add/PM FB: Fatin Hamizah
♥ Shaklee ID: 888106
♥ Whatsapp/SMS: 012-2831538
♥ Fanpage: Vitamin Street
♥ COD Area: Uptown Damansara, TTDI, Sri Damansara, Damansara Damai