Kronologi Jom Hebat Mega 2014 & Launching of iReach dan emPOWER family

Assalamualaikum everyone!

Korang merindui blog ni tak? Ada baiknya jikalau korang berkata ya untuk mengelakkan hakak Fatin frust hahaha. Oklah meh sini nak cerita. Last weekend telah berlangsungnya event Jom Hebat Mega 2014 bertempat di Institut Sosial Malaysia dekat Sg. Besi. Kira jauh jugaklah dari saya, sebab saya kat Damansara. Rasa berat jugaklah sebab jauh & tak familiar sangat area Sg.Besi ni. Tapi sebab tau event ni ramai orang-orang hebat yang akan datang, rasa berat bertukar menjadi excited!

Event ni dimulakan dengan speaker yang hebat lagi best iaitu Nadia atau juga dikenali dengan Mak Bintang. Gaya Nadia naik pentas je dah boleh agak dah ni mesti cikgu disiplin! Omay boleh imagine kan cane gaya nye? Sangat terinspirasi dengan Nadia yang berbisnes Shaklee sambil bekerja yang sering tak cukup masa sebab busy.

Nadia ada kongsikan banyak berkaitan pengalaman sendiri berbisnes Shaklee. Antaranya kenapa beliau nak sangat berShaklee. Beliau nak ada pilihan. Misalnya antara Ferrari dengan Myvi. Mampu je nak Ferrari tu, tapi dah kita cukup dengan Myvi je. Tak terkejarlah Ferrari tu. Tak heran pun kalo ade Ferrari lalu sebelah, sebelah mata pun tak pandang. Sebab apa? Sebab ‘akak tak heran pun dengan Ferrari tu, 10 bijik akak boleh beli, tapi akak suke Myvi.’ Best tak macam tu?

Nadia turut berkongsi bagaimana bisnes Shaklee mengubah hidupnya 360 darjah. ‘Aku yang dulu bukanlah aku yang sekarang’. Tengok gayanya kat pentas je dah membuktikan segalanya. Beliau merupakan guru Kimia dan menerima cabaran untuk mengajar subjek yang paling tak diminati. Namun, beliau menerima dengan hati yang tenang dan terbuka dan terima cabaran tuh. Dah berbisnes Shaklee yang susah tu pun boleh buat, apalah sangat dengan mengajar subjek yang paling tak diminati, kata Nadia. Nah, betapa bisnes Shaklee mengubah karakter seseorang yang menjadi lebih confident dan asyik nak buat the best je! Hasilnya, Nadia turut mendapat penghargaan atas usahanya yang berjaya menarik minat ramai pelajar meminati subjek Fizik. Siapa kata terabai kerja hakiki bila berbisnes Shaklee? Salah! Malah rasa nak do the best in everything you do!

Jom Hebat Mega 1

Banyak sangat sharing daripada Nadia tapi tak mampu hakak nak tulis semuanya, kalau nak tau banyak lagi mehla jadi ahli under group saya so boleh baca banyak lagi kisah2 inspirasi dalam secret group kami. Nak gosip2 kisah inspirasi dengan hakak pon boleh 🙂

Kita move on dengan presentation oleh Master Zainul Anuar. By the way, dia ni abang saya! *Nak tumpang glamour lettew* Oh tidak. Memang dari kecik lagi dah tau perangai abang yang betul2 appreciate masa dan terbukti sekarang dia memang hebat! Sesiapa yang register under Master Zainul & Master Lyna berada under group Lady & Boss. Tapi surprise! Master Zainul lancarkan nama baru yang sekarang bukan lagi Lady & Boss tapi dah tukar kepada iReach. Setiap huruf iReach ni ada maksud tersendiri yang melayakkan anda menjadi seorang pengedar Shaklee bertaraf worldclass! Ni bukan main-main, tapi betul-betul ya. Setiap ahli under iReach merupakan seorang pengedar yang menghormati customer dan ahli yang berdaftar dengannya, memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan, mampu memberi konsultasi yang terbaik kepada customer, ambil berat dengan persekitaran dan paling penting merendah diri walaupun income mencecah million. Omay memang Master-Master under group iReach sangat humble, tak henti-henti berkongsi tips kejayaan masing-masing. Sebab mereka nak kita semua berjaya sama-sama. Terharunya.. Sobs!
Jom Hebat Mega 2

Slide pertama Master Zainul adalah..

2014 Lady & Boss dengan ahli melebihi 1000 orang.. What’s next? *Drumroll*. Here it is, launching of iReach portal. The only Shaklee portal in the world! Sape yang register under group iReach saje dapat access portal ni. Master Zainul dah invest for more than RM20,000 to set up iReach portal ni. Yes, I appreciate sangat sebab biasanya company multinational je ada such portal untuk info sharing in worldwide. Kelaaaass kau Master Zainul.. Macam ni lah baru abang saya *tumpang glamour lagi :p* Master Zainul akan lebih strict untuk registration iReach portal ni, kena register ikut line bukan sebab apa, senang for tracking purpose dan yang paling best, lepas ni hubby masing-masing pun boleh access iReach portal ni. So hubby tau lah apa yang nak tolong wife, takyah susah-susah tunggu wife good mood tanya apa lagi nak tolong. Bila hubby pun dah boleh access iReach portal memang apa-apa pun boleh buat berdua. So sweeettt… ❤
Jom Hebat Mega 3

Hah, ini lah dia preview iReach portal yang boleh diakses melalui laptop atau mobile. Macam Steve Job sangat kau abang..Jom Hebat Mega 4

Ada satu Forum Kain Pelekat lepas presentation Master Zainul. Kisah sharing para suami. Siap pakai t-shirt ‘ASB – Aku Sayang Bini’ uolss. Menitis air mata terharu dengan sharing diorang. Semasa sesi Q&A, ada seorang audience bertanya, suami isteri dua-dua pun busy dengan kerja hakiki. Master Lyna pun jawab, there’s a saying “If you want something done, give it to a busy person. Failure for them, is simply not an option – and because they are busy, it’s likely they’ll appreciate the value of time, theirs and others, and not want to waste it”. Kalau asyik takde masa je, tak cukup busy lagi lah tu. Renung-renungkan.. dan selamat beramal. Sentap memang terkena kat haku. Ada satu lagi soalan yang saya tertarik untuk berkongsi. Sekarang ni dah ramai sangat buat Shaklee, Shaklee tu sendiri boleh bertahan ke financially? Master Lyna terus menjawab tanpa ragu-ragu, sekarang baru ada 1 juta rakyat Malaysia yang menggunakan Shaklee, ada lebih 28 juta lagi rakyat Malaysia yang belum menggunakan Shaklee. Ini dikatakan Revolusi Shaklee baru bermula..Jom Hebat Mega 5

Agenda seterusnya adalah Master Parade. So far under iReach dah ada 8 Master Coordinator dan ramai lagi Coordinator dan Key Coordinator anytime je naik rank Master. Betul-betul meyakinkan kini saya dah ada dalam family yang betul. Abes tu, kau bila lagi Fatin??
Jom Hebat Mega 6

Tadaaa..sesi yang ditunggu-tunggu! Sesi Magnet oleh Amin Idris. Amin sangat menekankan yang paling penting adalah matlamat yang jelas. Bila ada matlamat yang jelas barulah ada tindakan yang jelas. Bila ada matlamat yang BESAR, pasti usahanya pun BESAR. Bila ada matlamat yang jauh, maka kita melangkah pun lebih jauh. Memang confirm bila dah ada matlamat bukannya esok terus berjaya. For sure it takes time dan akan melalui beberapa fasa kegagalan maybe. Tapi jangan putus asa dan belajarlah dari kesilapan untuk jadi lebih baik. Yang paling catchy Amin Idris keep repeating these – Dream BIG! Kalau orang cakap, kau gila?? So what? Kau ada? Never say never. Fight till forever! Suka sangat cara penyampaian Amin ni macam stand up comedian eh, stand up motivator lah kan? Tiba-tiba jadi P.Ramlee, tiba-tiba jadi bilal Masjidil Haram. Banyak jugak interaktif games dengan audience. Attractive sangat! Silalah tengok gambar-gambar sesi Magnet Amin Idris ni. Jom Hebat Mega 7

Jom Hebat Mega 8

Jom Hebat Mega 9

Jom Hebat Mega 10

Jom Hebat Mega 11

Antara semua runner ni..agak-agak siapa yang dapat emas? Pentingnya matlamat yang jelas dan tindakan yang jelas kan?Jom Hebat Mega 12

Amin Idris dah macam Justin Bieber kauu.. Siap nyanyi Never Say Never.

Jom Hebat Mega 13

Tiba-tiba je dah habis sesi Magnet Amin Idris. Whoaaaaa. Kejapnye! We want more, lol. Amin ada buat summary untuk slide terakhirnya. Semasa sesi Q& A, saya tertarik dengan cara Amin Idris menjawab soalan. Selain menjawab soalan secara formal, Amin turut menyanyikan lagu Bangau oh Bangau.. Agak-agak kenapa Amin nyanyi lagu tu? Sebab kau banyak sangat alasanlaaahh.

Bangau oh bangau,
Kenapa engkau kurus?

Macam mana aku tak kurus
Ikan tak mahu timbul
Ikan tak mahu timbul.

Ikan oh ikan
Kenapa engkau tak timbul?

Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat
Rumput panjang sangat.

Rumput oh rumput
Kenapa engkau panjang?

Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku
Kerbau tak makan aku.

Kerbau oh kerbau,
Kenapa tak makan rumput?

Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit
Perut aku sakit.

Perut oh perut,
Kenapa engkau sakit?

Macam mana aku tak sakit
Makan nasi mentah
Makan nasi mentah.

Nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah?

Macam mana aku tak mentah
Api tak mahu menyala
Api tak mahu menyala.

Api oh api,
Kenapa engkau tak mahu menyala?

Macam mana aku nak menyala
Kayu api basah
Kayu api basah.

Kayu oh kayu,
Kenapa engkau basah?

Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku
Hujan timpa aku.

Hujan oh hujan,
Kenapa timpa kayu?

Macam mana aku tak timpa
Katak panggil aku
Katak panggil aku.

Katak oh katak
Kenapa panggil hujan?

Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku
Ular nak makan aku.

Ular oh ular
Kenapa nak makan katak?

Macam mana aku tak makan,
Memang makanan aku
Memang makanan aku.

Kesimpulannya, janganlah membangau lagi! Bagi orang yang tak paham-paham, janganlah banyak beralasan. Ok sentap! Rasa bertuah sangat sebab saya terpilih untuk attend event Jom Hebat Mega ni. Ilmu dan pengalaman yang tak boleh dapat dalam buku.

Sebab terlalu inspired dengan Master-Master yang hebat dan humble ni, balik dari event, terus namakan group under saya as emPOWER family. Salam kejayaan emPOWER family!

Thank you for reading!

♥ Add/PM FB: Fatin Hamizah
♥ Whatsapp/SMS: 012-2831538
♥ Fanpage: Vitamin Street

Leave a comment